Intermittent fasting atau juga dikenali sebagai diet puasa adalah salah satu cara yang digunakan untuk mengawal berat badan. Banyak manfaat yang akan diperoleh jika mengamalkan cara diet intermittent fasting ini. Kebaikan intermittent fasting dapat dilihat dalam diri pengamal baik dari segi luaran dan dalaman. Dari segi luaran, pengamal akan dapat melihat perubahan fizikal seperti penurunan berat badan dan bentuk badan akan menjadi lebih menarik.
Dari segi dalaman pula, intermittent fasting dapat melatih indivitu itu supaya dapat menahan lapar dan lebih bersabar. Dalam pengamalan Intermittent fasting, sistem penghadaman kita akan direhatkan daripada kerja-kerja pencernaan makanan selama 14- 16 jam. Itu merupakan satu tempoh yang agak lama untuk berpuasa. Tetapi kebaikannya adalah banyak kerana ini akan mengaktifkan mekanisma-mekanisma dalam sistem penghadaman yang jarang digunakan ketika kita tidak berpuasa. Berikut adalah antara kebaikan intermittent fasting yang penting untuk kesihatan kita :
- Membakar Lemak
Ketika Intermittent fasting, tempoh berlapar adalah tempoh yang digunakan oleh badan kita untuk berehat dan reset sistem penghadaman yang tidak pernah berhenti melakukan kerja. Dalam sistem endokrin, ada beberapa hormon yang terlibat dalam metabolisma badan. Antaranya adalah hormon HGH ( Human Growth Hormone ). Hormone ini membantu badan kita untuk menghasilkan tenaga daripada pembakaran lemak dalam badan. Ketika intermittent fasting, kandungan hormon ini akan meningkat dengan mendadak dalam badan agar dapat membantu membakar lemak Hasilnya, melalui lemak berlebihan akan dibakar dan ini membantu dalam pengurusan berat badan.
- Mencegah Kanser
Antara kebaikan intermittent fasting ialah ianya dapat membantu dalam pencegahan kanser. Dalam kajian yang dilakukan di dalam makmal, ketika berpuasa, sel tumor dalam organisma hidup adalah kurang aktif jika dibandingkan dengan sampel yang tidak berpuasa. Ketika sumber makanan terhad, badan akan menggunakan sumber yang tersedia ada dalam badan seperti lemak untuk membekalkan tenaga kepada badan. Berbanding jika tidak berpuasa, bahan asas adalah seperti biasa akan dibekalkan kepada semua sel termasuklah sel tumor tersebut untuk membesar.
- Kesihatan jantung
Intermittent fasting dapat mengurangkan risiko untuk menghidap penyakit jantung. Dalam badan manusia, kolestrol jahat (LDL) akan meningkatkan risiko terkena serangan penyakit jantung. Jika mengamalkam inermittent fasting, kadar LDL akan menurun sekaligus akan menurunkan risiko untuk mendapat penyakit jantung.
Kesihatan otak juga dapat dipertingkat jika mengamalkan intermittent fasting. Antara kebaikan intermittent fasting ialah ianya dapat meningkatkan penghasilan protein BDNF dalam badan. Protein ini bertujuan untuk membaiki dan menghasilkan sel saraf otak yang baharu. Selain itu, ianya juga dapat mengurangkan risiko daripada menghidapi serangan Alzeimer ataupun nyanyuk yang melemahkan kewarasan, ingatan dan perubahan tingkah laku.
4.Memperbaik Penyakit Diabetes
Penyakit diabetes adalah berkait rapat dengan akndungan gula dalam darah. Dalam pengamalan intermittent fasting, kendungan gula adalah dapat dikawal dan sekaligus dapat memperbaik tahap diabetes yang dialami oleh pesakit. Ketika intermittent fasting, insulin akan menjadi lebih sensitif kepada gula dan dapat menukarkan gula tersebut kepada simpanan tenaga dalam badan.