Stress di tempat kerja adalah perkara biasa yang dialami ramai individu, sama ada pekerja pejabat, pelajar intern, mahupun usahawan. Beban kerja yang banyak, tekanan dateline, masalah komunikasi dan kurang rehat boleh menyebabkan emosi terganggu serta menjejaskan prestasi kerja.
Jika tidak dikawal, stress berpanjangan boleh memberi kesan buruk kepada kesihatan mental dan fizikal. Oleh itu, penting untuk mengetahui cara urus stress ketika bekerja agar anda dapat kekal fokus dan produktif setiap hari.
Punca Stress Ketika Bekerja
1. Beban kerja terlalu banyak
Terlalu banyak tugasan dalam satu masa boleh menyebabkan anda rasa tertekan.
2. Dateline yang ketat
Kerja yang perlu disiapkan dalam masa singkat boleh meningkatkan tekanan.
3. Kurang tidur
Tidur yang tidak mencukupi boleh menyebabkan badan cepat penat dan emosi tidak stabil.
4. Persekitaran kerja tidak sihat
Konflik dengan rakan sekerja atau suasana kerja yang negatif boleh menyebabkan stress.
5. Kurang rehat
Bekerja tanpa berehat dalam tempoh lama boleh menyebabkan burnout.
Cara Urus Stress Ketika Bekerja
1. Susun tugasan mengikut keutamaan
Gunakan to-do list dan selesaikan tugasan penting terlebih dahulu supaya kerja lebih teratur.
2. Ambil rehat seketika
Berehat selama 5-10 minit selepas bekerja dalam tempoh lama boleh membantu minda kembali segar.
3. Elakkan multitasking berlebihan
Fokus pada satu tugasan dalam satu masa untuk mengurangkan tekanan.
4. Amalkan pemakanan sihat
Makanan berkhasiat membantu badan kekal bertenaga dan fokus.
5. Lakukan senaman ringan
Stretching atau berjalan seketika boleh membantu mengurangkan tekanan.
6. Berkomunikasi dengan baik
Jika beban kerja terlalu berat, berbincang dengan majikan atau rakan sekerja.
7. Tidur yang cukup
Tidur sekurang-kurangnya 7-8 jam sehari untuk memastikan badan dan minda sihat.
Tanda Anda Terlalu Stress Dengan Kerja
- Mudah marah
- Sukar fokus
- Sakit kepala
- Cepat letih
- Hilang motivasi
- Gangguan tidur
Jika anda mengalami simptom ini secara berterusan, ambil tindakan awal sebelum stress menjadi lebih serius.
Kesan Stress Berlebihan
Stress yang tidak dikawal boleh menyebabkan:
- Burnout
- Anxiety
- Produktiviti menurun
- Masalah kesihatan fizikal
- Hubungan sosial terjejas
Kesimpulan
Mengetahui cara urus stress ketika bekerja sangat penting untuk memastikan kesihatan mental terjaga dan prestasi kerja kekal baik. Mulakan dengan perubahan kecil seperti berehat secukupnya, mengurus masa dengan baik dan menjaga kesihatan diri..



