
Apa yang menjadi kebimbangan di sini adalah sayur dan buah itu adalah sangat penting dalam usaha menjaga kesihatan tubuh badan agar kekal sihat dan kuat.
Bagaimana pula untuk tahu jika anda sebenarnya kurang makan sayur atau buah?
Tenang, jom teruskan membaca artikel ini untuk tahu dengan lebih lanjut tentang kebaikan makan sayur dan buah pada kesihatan tubuh!
Apa kebaikan makan sayur dan buah?
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) menyarankan agar individu mengambil sekurang-kurangnya 5 hidangan sayur dan buah setiap hari. Tujuannya adalah untuk mengelakkan risiko penyakit jantung, strok, kanser dan pelbagai lagi penyakit lain. Ini kerana kedua-duanya mengandungi lambakan jenis vitamin serta mineral yang mampu membantu tubuh badan untuk berfungsi dengan lebih baik. Pertama, ia sangat kaya dengan antioksidan yang akan membantu melindungi tubuh badan daripada bahan kimia serta radikal bebas yang berbahaya. Kebaikan makan sayur dan buah yang kedua ialah kedua-duanya kaya dengan serat yang akan membantu menstabilkan kadar gula, merendahkan tahap kolesterol serta mengelakkan kondisi sembelit. Buat anda yang gemar makan hidangan tanpa sayur atau buah, anda mungkin perlu berfikir banyak kali lagi demi kesihatan tubuh badan anda sendiri.Apa akan jadi jika kurang makan buah dan sayur?
Kurangnya pengambilan sayur atau makan buah akan meningkatkan risiko penyakit yang telah kami nyatakan di atas tadi serta tubuh badan jadi tidak sihat dan kuat.
Berikut adalah petanda yang muncul pada tubuh badan jika anda kurang makan buah dan sayur: