1. PERUBAHAN HORMON
Punca muka berminyak selalunya disebabkan hormon yang berlebihan. Androgen menjadi hormon yang paling bertanggung jawab terhadap produksi minyak. Biasanya wanita yang sedang hamil dan menstruasi, serta wanita yang dalam keadaan period (datang bulan) lebih senang mengalami masalah perubahan hormon ni. Pada keadaan tu, hormon tidak stabil dan tubuh cenderung mengeluarkan minyak yang berlebihan terutama di wajah.
2. TIDAK MENJAGA PEMAKANAN
Mungkin uolls rasa tak seronok bila terpaksa menahan diri dari memakan makanan kegemaran uolls. Tapi tahukah uolls kalau uolls menjaga cara pemakanan uolls, uolls dapat mengelakkan daripada muka berminyak. Mengambil makanan yang berlemak, mengandungi gula, makanan segera (fast food) atau makanan bergoreng adalah punca muka berminyak.
3. STRESS
Penat bekerja, kurang berehat, resah dengan masalah, itu adalah penyebab utama stress dan penyebab juga punca muka berminyak. Keadaan stress akan menghasilkan hormon kartisol pada wajah dan inilah punca mengapa minyak muncul pada kulit wajah. Dan jika dibiarkan ia akan dapat menimbulkan jerawat.
4. FAKTOR GENETIK
Siapa sangka kan masalah genetik atau faktor keturunan ni juga menjadi punca muka berminyak. Jika mempunyai ibu atau ayah yang ada masalah kulit berminyak, pastinya uolls juga cenderung untuk mengalami masalah yang sama. Ini termasuk faktor luaran yang sukar dielakkan, namun tetap boleh dirawat dan diatasi dengan mudah.
5. POLA TIDUR
Tidak cukup tidur atau sering berjaga waktu malam juga termasuk salah satu punca muka berminyak. Sebaiknya uolls perlulah mempunyai tidur yang cukup dan juga rehat yang berkualiti ya!
6. CUACA PANAS
Bila cuaca panas, muka kerap berpeluh kan? Itu juga boleh menjadi punca kenapa muka akan nampak berkilat akibat minyak berlebihan. Kelembapan dan cuaca panas akan merangsang sebum berlebihan untuk tujuan menstabilkan suhu tubuh.
So sekarang uolls dah lebih jelaskan kenapa kulit muka uolls sering kali berminyak. Jangan risau jangan sedih! iFlawless kan ada. Penggunaan Skincare iFlawless secara konsisten bukan sahaja boleh mengatasi masalah kulit berminyak uolls malahan dapat merawat jerawat, parut jerawat, kulit kusam, takut naik jeragat dan liang-liang pori besar.