Kebaikan atau khasiat minyak zaitun asli kepada kesihatan memang tidak dapat dinafikan malah terdapat banyak kajian dan journal yang mengaitkan manfaatnya kepada tubuh manusia seperti memelihara kesihatan jantung, mengawal diabetes dan banyak lagi.
Bagi seseorang wanita terutama menghampiri dan melewati umur 50-an, antara perkara yang mula mengganggu adalah situasi kering pada kulit, rambut, mata dan bahagian badan yang lain.
Menurut pakar penjagaan kulit Dr Patricia Wexler dan Dr Doris Day, mereka bedua berpendapat bahawa kunci utama kepada kulit yang hebat adalah dengan; membersih, melembap dan melindungi kulit.
Minyak zaitun asli merupakan bahan yang telah digunakan sejak berkurun lama terutama dikalangan masyarakat Mediterranean sebagai makanan, rawatan, minyak lampu, memasak dan kecantikan.
Minyak zaitun asli juga sering menjadi salah satu bahan di dalam formula produk-produk kecantikan di dalam pasaran. Pasti khasiat dan kelebihannya sudah terbukti dan menjadikan ianya bahan yang mencantikkan kulit.
Minyak zaitun yang dimaksudkan mestilah dari jenis extra virgin olive oil ya, kerana ianya merupakan pati dari hasil perahan pertama, tidak ditapis (unfiltered) dan melalui proses mechanically cold-pressed. Barulah anda akan beroleh khasiat yang banyak. Bukan dari jenis lain. Walaupun ada yang mengatakan extra virgin itu mesti dalam botol gelap, ingat banyak juga sindiket penipuan menggunakan botol gelap. Cari yang certified USDA organik dan disokong oleh kajian makmal akan kandungan khasiatnya. Sekiranya botol cerah, simpan semula di dalam kotak asal.
Dengan menggunakan botol 50ml yang ada penyembur atau botol yang mudah anda tuangkan minyak, masukkan minyak zaitun extra virgin dan beberapa titik minyak lavender sebagai pewangi. Letakkan di dalam bilik air. Berikut adalah 8 tips bagaimana menggunakan minyak zaitun asli untuk kecantikan kulit.
1. Masalah kulit kering; selepas anda mandi dan skrub badan anda, lumurkan sambil urut secara lembut ke seluruh badan anda. Ini akan bantu anda punyai kulit yang lembut dan membantu kelembapan kulit. Boleh juga disapukan pada muka tetapi dalam kuantiti yang sedikit sahaja. Wajah anda akan terasa lebih lembut dan lembab.
2. Siku dan kaki yang kering; Sebelum tidur menggunakan kain, bersihkan kawasan tersebut dengan air suam. Kemudian sapukan dengan minyak zaitun asli setiap malam. Anda akan dapat rasakan improvement selepas suatu tempoh.
3. Sun burn, kesan luka, kemerahan, kegatalan dan gigitan serangga; sapukan minyak zaitun asli pada kawasan bermasalah dan dibiarkan terdedah selama beberapa minit. Dengan sifat antikeradangan, ianya mempercepat proses penyembuhan. Sangat baik bagi bayi yang alami kemerahan akibat lampin pakai buang.
4. Makeup Remover; Ada yang mengatakan minyak zaitun asli antara bahan terbaik dan mudah untuk menanggalkan makeup. Ianya mampu menanggalkan maskara tanpa menggunakan bahan kimia atau sabun yang mengganggu mata.
5. Kutikel (lapisan kulit kering pada kuku tangan dan kaki); rendamkan/ celup kuku dalam bekas berisi minyak zaitun asli. Ia akan membantu melembutkan kutikel.
6. Pengganti krim pencukur; sapu dan ratakan pada tempat yang anda ingin cukur berbanding menggunakan krim pencukur. Ia bantu rawat kulit dan minimumkan bahan kimia kepada kulit anda.
7. Rambut yang kering; Minyak zaitun diakui sebagai pelembap rambut yang baik. Terutamanya rambut yang selalu diluruskan dan diwarnakan. Lumur dan ratakan minyak zaitun asli pada rambut, balutkan dengan tuala untuk satu jam. Kemudian basuh seperti biasa. Keringkan rambut kemudian ambil sedikit minyak zaitun dijadikan minyak rambut. Ini akan bantu berikan anda rambut yang kelihatan moist dan bersinar. Rambut yang sihat!
8. Kelemumur; lumurkan minyak zaitun sehingga terkena kulit kepala. Biarkan beberapa jam kemudian bilas. Sekiranya bayi anda mempunyai ruam kesan bantal, sapukan setiap hari sehingga hilang.
Selain dari menggunakan pada bahagian luaran, amalkan juga memakan minyak zaitun setiap hari. Ini akan membantu sistem tubuh anda berfungsi dengan lebih justeru membantu memberikan keadaan kulit yang lebih sihat.
Bagi Muslim, terdapat hadis yang mengajar cara menggunakan minyak zaitun iaitu melalui makan dan juga kegunaan luaran.
Makanlah minyak zaitun dan berlumurlah dengannya kerana ia datang dari pohon yang diberkati – HR. Tirmidzi dan Ibnu Majjah.
Jadikanlah minyak zaitun asli (extra virgin olive oil) untuk kegunaan dalaman dan luaran setiap hari!