Seorang gadis kecil dibuang orang tuanya kerana dilahirkan dengan bibir yang sumbing. Namun siapa sangka setelah dia dewasa dia meraih kejayaan dan berubah menjadi wanita cantik.Gadis tersebut bernama Li Lan berasal daripada Tiongkok. Dia diasingkan oleh pasangan suami isteri Zhang, asal Tingongkok.
Dahulunya, pasangan suami isteri Zhang yang sudah mempunyai seorang anak lelaki ingin menambah satu anak lagi agar menjadi sepasang. Namun, tak disangka, anak keduanya yang perempuan itu dilahirkan cacat. Nama yang diberi ialah Li Lan, dia adalah anak kandung pasangan suami isteri Zhang.
Zhang dan isterinya pun membayangkan wajah anak perempuannya ketika dewasa nanti, anak perempuannya ini pasti tidak ada yang mahu menikahinya. Li Lan justru mungkin akan kelihatanburuk pada anak laki-lakinya nanti sehingga sukar anak lelakinya untuk mendapatkan isteri. Lalu mereka pun membuang anak perempuannya yang berbibir sumbing itu di pinggir jalan.
Beruntung bayi malang itu kerana ditemukan dengan pasangan yang baik hati iaitu Li Jian dan isterinya, kemudian membawa bayi perempuan itu pulang.Pasangan Li Jian dan isterinya sudah menikah tujuh atau lapan tahun lamanya, tapi mereka belum juga memiliki anak.Pasangan ini pun sangat gembira ketika melihat bayi mungil yang dipungutnya itu, meskipun sedikit cacat.Sekarang ditambah dengan satu anak perempuan, mereka masih sanggup untuk merawatnya walaupun hanya makan sekali sehari.
Namun, operasi bibir sumbingnya itu memerlukan pembayaran yang lumayan.Jiran-jiranya menyarankan bahawa lebih baik agar anak angkatnya itu diserahkan ke yayasan kesejahteraan sosial, tapi mereka menolaknya.
Dan sejak itu, suami-isteri ini pun mulai hidup berjimat-cermat kerana ingin membawa anak perempuannya ke rumah sakit di bandar untuk operasi bibr sumbingnya itu.Saat Li Lan berusia 5 atau 6 tahun, suami istri ini membawanya ke rumah sakit di bandar, dan menurut doktor, bibir sumbing puterinya harus dibedah sekitar lima atau enam kali, dan secara bertahap baru boleh pulih.
Mereka sangat gembira mendengar khabar baik ini, meski bayaran pembedahannya agak mahal, tapi mereka telah melihat harapan berada di depan mata.
Waktu berganti dengan cepat, sekelip mata sahaja Li Lan sudah pun berusia 20 tahun, dia membesar dengan paras yang cantik, bibirnya juga hampir sempurna setelah melakukan beberapa kali pembedahan.
Setelah berjaya, Li Lan bekerja di sebuah perusahaan produk makanan. Dek kerana kemampuan kerjanya yang memberangsangkan, dia terus dicepatkan untuk naik pangkat sebagai manager.
Sebagai bentuk balas budi keatas orangtuanya selama ini, Li Lan membangunkan sebuah rumah baru dua tingkat dan kereta untuk orangtua angkatnya.
Dia juga sempat berjumpa dengan kedua orangtua kandungnya. Bukan menghalau, justeru Li Lian melakukan hal ini. Dia mengambil sampul surat besar kemudian diserahkan ke orangtua kandungnya. Setelah itu, Li Lan dan orangtuanya angkatnya pulang meninggalkan mereka.
Sementara itu, orangtua kandung Li Lan membuka sampul surat yang diberi oleh Li Lan, puteri kandungnya. Di dalam sampul surat itu terdapat sejumlah duit RM14K dan terdapat sehelai kertas yang tertulis:
“Terima kasih kerana telah melahirkan saya di dunia ini, dan jangan pernah berjumpa lagi.”