Whitehead adalah biji kecil di muka yang berwarna putih. Ia juga kadang-kadang ada di hidung. Bila kita picit hidung, keluar sesuatu seperti krim berwarna putih. Itu adalah Whitehead.
Manakala blackhead pula, ia lebih keras dan berwarna hitam. Ia banyak terdapat di hidung. Jika di hidung, blackhead jauh lebih jelas kelihatan berbanding whitehead.
Punca Utama Whitehead Dan Blackhead.
Asasnya ialah penghasilan minyak yang berlebihan.
Kulit muka yang berminyak adalah disebabkan penghasilan minyak yang berlebihan oleh sebaceous gland (kilang minyak).
Minyak yang terhasil akan terkumpul dengan banyaknya di dalam liang rambut (folikal) dan akhirnya menggelembung.
Hormon yang tidak stabil menyebabkan Sebaceous Gland menjadi terlalu aktif. DHT ialah sejenis hormon yang menjadikan sebum menjadi terlalu aktif dan mengumbat liang pori- pori (folikal).
Apa Beza Whitehead Dan Blackhead?
Perbezaan Whitehead Dan Blackhead.

Whitehead
Whitehead terjadi apabila sebum (minyak) dan sel-sel kulit mati terkumpul di folikel rambut (liang pori-pori) yang tertutup atau sempit.
Ia menghalang oksigen daripada melakukan proses pengoksidaan minyak di liang kulit. Minyak tidak dapat keluar ke permukaan. Lalu bonjolan putih terbentuk (whitehead).
Whitehead biasanya disebabkan oleh kotoran atau sisa mekap pada muka.
Blackhead
Blackhead terjadi apabila sebum (minyak) dan sel-sel kulit mati terkumpul di folikel rambut (liang pori-pori) yang terbuka.
Ia terdedah kepada udara lalu teroksidasi. Ia kemudian bertukar warna menjadi kuning-coklat atau hitam.
Blackhead biasanya terjadi disebabkan lebihan keluaran minyak.
Kredit: mamikembar