1. Exfoliate Kulit
Rutin ini adalah proses pengelupasan secara halus, ataupun skrub wajah. Ia baik untuk membuang sel kulit mati yang kerap menjadi punca liang pori tersumbat. Lakukan rutin ini 2 hingga 3 kali seminggu untuk kulit normal dan kombinasi. Untuk kulit sensitif, memadai sekadar seminggu sekali.
2. Mempersiapkan kulit dengan melakukan pegewapan / steam wajah
Tidak semua produk berkesan untuk menanggalkan bintik hitam dan putih. Kadangkala kita juga harus mengeluarkannya secara paksa ataupun manual. Gunakan removal tool yang dikhaskan dan telah disterilkan. Namun, sebelum memulakan proses ini, pastikan anda melakukan steam wajah. Caranya, tuangkan air panas ke dalam mangkuk saiz sederhana, kemudian letak atas meja. Tutup keseluruhan kepala anda dengan tuala tebal dan hadapkan wajah anda pada mangkuk tadi. Tak perlu lama, hanya sekadar 15 hingga 20 minit sahaja. Ia bukan sahaja membuka liang pori wajah, tapi juga baik untuk peredaran darah, membuang toksin dan merelakskan wajah.
3. Jangan memicit bintik hitam dan putih menggunakan kuku
Perlu tahu dengan menggunakan jari dan kuku untuk memicit bintik hitam, ia akan meyebabkan keadaan bertambah teruk. Kita bukan sahaja menyebarkan kuman pada kulit, tapi berisiko meninggalkan parut dan merengsa kulit.
4. Garam laut (Sea salt)
Garam laut merupakan agen antibakteria yang sangat baik untuk membuka liang pori. Campur garam laut dengan beberapa titis jus lemon dan sedikit air dan urut secara lembut pada kawasan blackhead dan whitehead anda. Ia akan melarutkan semua kotoran dan sel kulit mati.
5. Consider guna masker blackhead
Jika blackhead removal tool meninggalkan kesan pada kulit anda yang sensitif, anda boleh cuba gunakan masker. Ada banyak masker yang berkualiti di pasaran yang anda boleh pertimbangkan untuk cuba.
6. Amalkan pemakanan kaya Vitamin C
Vitamin C adalah antioksida yang melindungi dan memelihara kulit kita. Ia menghalang terjadinya jerawat, parut (blemishes) dan juga bintik hitam dan putih.Vitamin ini mampu melawan radikal bebas berbahaya dan menghalang pertumbuhan bakteria. Antara pemakanan kaya vitamin C adalah buah-buahan seperti betik dan strawberi serta sayuran hijau yang bewarna gelap. Anda boleh mengambil suplemen vitamin C juga. Ia membantu meningkatkan penghasilan kolagen dalam tubuh.
7. Kulit buah Oren
Caranya, keringkan kulit buah oren. Setelah benar-benar kering, kisar hingga ia menjadi serbuk. Untuk menggunakannya, ambil sedikit serbuk ini dan campurkan dengan air hingga ia kelihatan seperti krim. Kemudian, letak sedikit pada wajah yang terlibat (bintik hitam & putih). Biarkan selama 15 minit dan kemudian, bilas dengan air suam. Ini akan menghalang pengeluaran sebum atau minyak berlebihan serta pengumpulan kotoran.
8. Skrub secara lembut (Gentle)
Tips ini mungkin mudah, namun kadangkala kita cuai mengamalkannya. Bintik degil pada wajah menyebabkan kita jadi geram, dan cenderung untuk skrub secara kasar. Hakikatnya ini menyebabkan lapisan kulit rosak, kemerahan dan jadi lebih sensitif.
9. Lidah buaya (AloeVera)
Jika anda mempunyai tumbuhan ini di sekitar rumah, anda memang beruntung. Kerana, ia merupakan petua yang berkesan untuk blackhead. Potong tumbuhan lidah buaya ini, sapukan pada wajah dan biarkan selama 10 minit.
10. Masker susu & madu
Gabungan dua bahan mentah ini amat disarankan untuk merawat kulit wajah daripada blackhead. Campurkan kedua bahan ini dan microwave beberapa saat sahaja. Tujuannya untuk menjadikan ia sebagai paste ataupun krim. Kemudian, dengan menggunakan kapas yang nipis, masukkan ke dalam krim dan letakkannya pada wajah. Biarkan selama 20 minit.
11. Masker Clay
Sejujurnya, masker berdasarkan tanah liat mungkin sukar didapati. Namun, sebenarnya ia baik untuk membersihkan kotoran dari kulit wajah. Antara gabungan tanah liat yang disarankan adalah Fuller’s earth clay dan juga Bentonite clay.