Tips perubatan ini tidak dikhususkan untuk masalah bintik hitam dan putih sahaja. Ia juga disarankan untuk masalah kulit seperti jerawat.
1. Ubatan yang mengandungi Retinoid
Retinoid biasanya dipreskripsikan oleh pakar dermatologi. Oleh itu, untuk mendapatkan ubatan ini OTC (over the counter) mungkin agak sukar. Pastikan anda mendapat nasihat perundingan yang betul sebelum menggunakannya. Retinoid membantu membuka liang pori tersumbat dan mengawal pengeluaran minyak dan sebum. Retinoid dijual dalam bentuk pil, krim ataupun gel. Namun, kebiasaannya ia digunakan untuk menangani masalah jerawat yang parah dan tidak terkawal. Penggunaan Retinoid tidak digalakkan untuk wanita yang sedang hamil ataupun sedang merancang untuk hamil.
2. Antibiotik
Tiada antibiotik yang dipreskripsikan untuk merawat bintik hitam dan putih namun jika ia memudaratkan, antibiotik membantu mengurangkan keradangan, mengawal serta mencegah jangkitan. Penggunaan krim antibiotik luaran juga memadai.
3. Rawatan laser
Proses ini menawarkan rawatan melalui puncanya. Cahaya laser dipancarkan hingga kedalam sel kulit wajah anda sehingga ia menyerang pertumbuhan bakteria yang bersembunyi jauh didalam liang pori dan folikel. Selepas terapi, anda akan mengalami kemerahan pada wajah, namun kesan ini akan hilang selepas 1 hingga 2 hari. Sesi ini dilakukan oleh pakar kulit ataupun dermatologist.
4. Dermabrasion
Rawatan ini juga dilakukan oleh dermatologist, dimana ia menggunakan instrumen berputar untuk mengelupaskan kulit anda. Ia mengeluarkan lapisan paling luar untuk menampilkan wajah sempurna akibat daripada kerosakan sel kulit akibat pendedahan cahaya matahari, jerawat, bintik hitam, garis halus dan beberapa masalah lain.
5. Terapi hormone
Seperti yang saya ulas diatas tadi, keadaan hormon yang tidak menentu juga menjadi punca aktifnya blackhead dan whitehead. Yang seterusnya mencetus masalah jerawat. Kebiasaanya doktor akan memberikan pil kontraseptif (wanita sahaja) dan ubat anti-androgen untuk mengawal bintik hitam, putih dan juga jerawat.
Untuk menghilangkan blackhead dan whitehead sepenuhnya, pastikan anda konsisten untuk melakukan mana-mana petua yang anda pilih untuk melihat keberkesanannya