1. Kenali jenis kulit. Adakah berminyak, kombinasi, kering, atau sensitif?
Mengenalpasti jenis kulit sangat penting sebelum anda memilih produk skincare. Jika anda ingin mendapatkan hasil perbaikan yang memuaskan, pilihlah produk skincare asas yang dikhususkan untuk jenis kulit anda, bukan produk yang claim “sesuai untuk semua jenis kulit”. Jangan sesekali!
– Jenis Kulit Berminyak: dikenalpasti dengan banyaknya penghasilan minyak pada seluruh permukaan kulit, contohnya ketika anda bangun tidur, bekerja di siang hari, bahkan jika tidak memakai krim muka khas untuk kulit berminyak ia juga akan mudah luntur akibat penghasilan minyak tadi. Jenis kulit berminyak juga paling kerap terkena masalah jerawat, kerana kotoran dan sebum mudah menempek dan menyumbat pori-pori.
– Jenis Kulit Kombinasi: dikenalpasti dengan banyak atau meningkatnya penghasilan minyak di daerah T wajah yaitu dahi, hidung, atas bibir dan dagu. Sedangkan pada area lain seperti kulit sekitar mata dan pipi cenderung kering atau normal.
– Jenis Kulit Kering: dikenalpasti dengan permukaan kulit yang kasar ketika kekeringan, biasanya keadaan kulit akan semakin parah jika kekurangan pelembab ketika cuaca dingin/sejuk atau salah memilih pencuci wajah. Untuk masalah pencuci wajah tidak sesuai, setelah mencuci kulit akan terasa seperti tertarik-tarik dan menegang. Sesetengah orang akan muncul bercak-bercak putih di pipi yang terkadang rasa seperti pasir di muka.
– Jenis Kulit Sensitif: dikenalpasti dengan mudah meradang, gatal-gatal, alergi dan mudah berjerawat. Kulit yang sensitif apabila terkena sinar matahari akan muncul gejala kemerahan, apabila digaru terkadang bekas garukan tersebut susah hilang dengan sendirinya, dan beberapa jenis makanan atau kosmetik boleh cenderung alergi seperti timbulnya bintik-bintik pada kulit.
– Jika kulit berjenis normal: anda boleh bernafas lega! Kerana pada jenis kulit normal, jarang sekali menghasilkan minyak berlebihan kecuali ketika bersukan kerana wajah berpeluh, tidak mudah kering, dan jarang mendapat masalah. Anda tidak perlu risau memilih kosmetik, asalkan dirawat dengan baik, kulit anda akan semakin baik.
2. Setelah mengenali jenis kulit anda, cari solusinya!
Disini saya akan menawarkan beberapa produk skincare dari Mary Jardin iaitu Honey and Calendula Skincare. Kenapa Mary Jardin? Kerana ia adalah produk kecantikan natural dan organik yang bebas daripada bahan kimia. Kemewahan bahan-bahan dari produk Mary Jardin menjanjikan kulit wajah anda yang sihat dan selamat penggunaannya.
Mengapa HONEY dan CALENDULA EXTRACT dalam skincare Mary Jardin ini?
Sebenarnya madu ni benda yang dah orang gunakan sejak azali lagi. Untuk kecantikan dan kesihatan. Even dalam quran dan hadith Rasulullah pun ada mention madu sebagai ubat.
Banyak kajian dijalankan keatas madu untuk tujuan perubatan. Didapati madu ada 2 kebaikan iaitu antibakteria dan anti-radang. Disebabkan itulah madu dijadikan pilihan untuk merawat luka diabetic foot.
Bagaimana dengan wajah??
Admin kongsikan manfaat madu yang baik untuk kulit:
1. Antibakteria dan anti radang- sangat sesuai untuk merawat kulit jerawat dan breakout
2. Kaya dengan antioksidan- terbaik untuk melambatkan penuaan kulit
3. Melembapkan kulit- menjadikan muka lebih glowing dan kurang kedutan. (Kulit kering punca cepat nampak tua)
Tapi…. rajin ke anda nak sapu madu di muka setiap hari?? Renyah dan melekit.
Jadi produk Mary Jardin dah formulasikan pencuci muka yang mengandungi NATURAL HONEY. Bukan perisa madu, madu tiruan atau honey fragrance. Tapi memang natural honey yang kaya dengan banyak lagi manfaat lain untuk kulit. Tak hairanlah ramai yang pakai set ni rasa kulit lebih lembut, dan glowing. Jerawat cepat kecut dan wajah nampak lebih muda.
3. Lakukan rawatan secara rutin
Setelah mengenalpasti produk yang tepat, lakukan rawatan secara rutin, paling kurang dua kali sehari. Pagi sebelum beraktiviti dan malam hari sebelum tidur. Kerana kalau anda tidak membuat rawatan setiap hari, jangan mengeluh jika produk tersebut tidak berkesan pada kulit wajah anda!Setiap pagi kulit harus dibersihkan agar terasa lebih segar dan dapat menerima skincare. Pada malam hari sebelum tidur, kulit juga harus dibersihkan dari kotoran dan sisa-sisa make up yang mungkin dapat menyumbat pori-pori jika dibiarkan terlalu lama.Ingat, rawatan ini dimaksudkan untuk mengembalikan keadaan kulit ke asal, jadi jangan terlalu berharap hasil cepat kerana detoksifikasi itu perlu proses.