Cara diet yang betul ini sangat berguna untuk mereka yang nak dapatkan berat badan yang ideal.Cara diet yang betul bukannya dengan tidak makan nasi dan sarapan pagi.Cara tersebut salah dan tidak betul.Cara diet yang betul ialah sentiasa mengamalkan makanan seimbang mengikut keperluan kalori dalam tubuh sesorang.
Keperluan kalori bagi lelaki dan perempuan ni tak sama.Ini kerana,lelaki lebih banyak mengeluarkan tenaga daripada perempuan,menyebabkan lelaki perlukan lebih kalori.Sebelum nak berdiet,langkah pertama ialah kita timbang berat badan terkini dahulu dan rekodkan.
Kalau tak timbang,macam mana nak tahu perubahan pada berat badan kita kan.Belila penimbang berat,yang murah-murah pun takpa.Yang kedua perlu ada pita pengukur. Tujuannya untuk ukur saiz pinggang dan perut kita.
Cara Diet Yang Betul Mengikut Cara “Eat Clean”
- Sarapan pagi wajib! anda minum air putih segelas, sarapan 2 biji telor rebus dan sekeping roti wholemeal gardenia purple untuk lebih kenyang sampai lunch. Kalau lapar sebelum lunch, boleh makan sebiji epal hijau.
- Time lunch, boleh ambil segengam nasi atau satu senduk, lauk berprotein dan lebihkan sayuran. Nasi boleh makan beras putih kalau boleh beras siam atau beras basmathi atau beras perang. Ikut mana korang selesa. Jangan beras putih murah tempatan tu. Karbohidrat dan gula tinggi.Protein pula aku pilih bahagian dada ayam dan ikan yang tak digoreng. Cara masak, rebus, bakar dan grill.
- Sayur pulak aku pilih yang rendah kalori dan selalunya aku makan timun, broccoli dan bayam. Broccoli dan bayam tu aku rebus atau stim je.
- Makan malam kalau boleh sebelum jam 7 petang. Pandai-pandai la set alarm dekat handphone. Boleh ulang set hidangan lunch tadi. Kalau lapar sebelum 7 petang boleh makan buah.
- Buah-buahan yang terbaik untuk diet ni boleh ambil tembikai, nenas, epal hijau dan jambu batu. Jangan letak serbuk asam pula. Ada gula dalam tu.
- Sebelum tidur makan sepotong atau sebiji buahan-buahan.
- Hari Sabtu dan Ahad waktu pagi perlu jogging/berbasikal selama 30 minit ke 1 jam.
- Elakkan air manis, coklat, aiskrim, makanan bertepung berminyak, fast food dan kerepek.
- Setiap malam lepas balik kerja,amalkan bersauna untuk keluarkan peluh dan toxic dalam badan selama 15-20 minit.Tak perlu la nak pergi spa,sauna di rumah pun dah cukup.Motif utama ialah nak bakar kalori dan keluarkan peluh.
Macam tu lah,jika konsisten selama 7 hari berat badan boleh turun sampai 1.5kg/ seminggu.Kalau sebulan dah berapa banyak boleh turun tu.Paling penting,air masak 2-3 liter cuba habiskan dalam masa 1 hari tu.
Korang kena sediakan jadual pemakanan dan tampal dekat dinding atau buat saja dalam handphone. Kalau boleh buat atau bawa bekalan makanan tu sendiri ke tempat belajar atau kerja.Diet ni bermaksud makan makanan yang sihat, bukan tak makan langsung. Nak turun berat badan kene jaga pemakanan.
Selain tu korang juga boleh ambil makanan tambahan untuk elakkan perut rasa lapar dan mulut asyik nak makan. Boleh makan Green Cofftea sebiji setiap pagi. Cepat rasa kenyang walaupun makan sedikit makanan.Boleh juga try minum kopi tanpa gula,mengikut kajian kafein boleh kurangkan berat badan.kafein yang akan merangsang sistem saraf dan membuatkan seseorang itu aktif dan sekali gus akan membakar lebih banyak kalori dalam badan.