Ikuti cara berikut untuk hilangkan kulit berminyak pada muka.
1. GUNA PEMBERSIH MUKA YANG LEMBUT
Pilih pembersih muka yang mengandungi benzoyl peroxide, salicylic acid, glycolic acid atau beta-hydroxy acid.
Kandungan ini sangat lembut dengan semua jenis kulit tambah lagi yang berminyak. Ia akan mengawal pengeluaran minyak berlebihan.
2. ELAK CUCI MUKA DENGAN BAHAN KASAR
Jika selama ini anda mencuci muka dengan kain, tuala atau span yang keras, hentikan!
Ia akan menyebabkan kulit menghasilkan lebih banyak minyak kerana menggantikan minyak semula jadi yang hilang akibat mengguna bahan-bahan tersebut.
3. CUCI MUKA PADA WAKTU SIANG DAN MALAM
Cuci muka sebaik bangun tidur dan sebelum tidur.
Ia akan menstabilkan kadar pengeluaran minyak semula jadi di kulit muka.
4. CUCI DENGAN AIR SUHU BILIK
Elak guna air panas untuk mencuci muka.
Ini kerana ia boleh menyebabkan kerosakan pada kulit dan membantu hilangkan kulit berminyak secara semula jadi pada muka.
5. GUNA TONER DI BAHAGIAN YANG BERMINYAK SAHAJA
Pastikan penggunaan toner hanya di bahagian yang berminyak sahaja.