Jom, hari ini aku nak kisahkan pengalaman pahit, manis, sebak, menyampah, memalukan dan kini bercampur baur aku alami sendiri apabila muka aku naik jerawat yang entah kenapa susah untuk diubati.
Dari umur 15 TAHUN sampai UMUR AKU 37 TAHUN. Berapa BELAS tahun (hampir 22 tahun nah!) aku kena menghadap cermin denga muka merah, kulit mengelupas, gunung-ganang, nanah dan gatal-gatal. Tu tak kira lagi masalah malunya nak keluar rumah, nak ke kelas, nak ke kuliah dan nak pergi kenduri kahwin. Semua serba-serbi tak kena. Aku rasa, setiap sudut orang tengok aku wei… kalau tengok sebab aku handsome takpe. Ni sebab jerawat batu aku…
Bermula ketika usia aku 15 tahun, tah macam mana satu hari keluar bengkak kecil dekat pipi aku, tak mau hilang dan mula membesar. Kemudian keluar lagi satu, dan lagi satu dan akhirnya banyak. Cepat dia keluar tanpa ada tanda nak kecut melainkan semakin gatal, sakit dan akhirnya bernanah(aku pun satu, suka garu-garu dan picit bil aku geram)…… hujung GUNUNG JERAWAT menjadi amat merah, dah kulit aku agak cerah. Sebab tu orang boleh nampak.Bermula dari atas pipi, kini jerawat aku merebak ke bawah tulang rahang ke arah tengkok dan merayap ke dahi. Tapi, dahi tidak seteruk pipi.
Terus terang aku katakan, aku memang amat malu akan diri aku… aku mula membandingkan nasib dan kulit aku dengan rakan-rakan lain. Dia orang pun berjerawar jugak, tapi tak lah seteruk aku wei.
Disekolah, aku mula menjadi bahan sindiran kawan-kawan. Perkataan GELI dan KOTOR tengok muka aku sering aku dengar. Dikampung, nak keluar main bola sepak pun segan. Orang kampung mula kata aku naik jerawat kerana semkin GALAK atau mula nak matang kot…. kalau ya pun nak matang, kenapa aku sorang ja yang naik jerawat macam tu.
Disebabkan malu dan nak cepat sembuh, aku mula mencuba pelbagai produk…dari cara tradisional iaitu lap muka dengan tuala mandi (petua org kampung dulu-dulu) sehinggalah mencuba produk advance dari Amerika….beratus-ratus duit JPA aku habis nak berubat muka ja … masa ni dah masuk ke Universiti. Dapat biasiswa JPA…. bukan nak beli buku sangat, sebaliknya dok buat rawatan muka..
Sampai la satu hari aku berkongsi masalah yang aku hadapi ni dekat sorang kawan aku. Aku luahkan semua yang aku pendam dari zaman sekolah dulu. Akumenceritakan macam mana aku berusaha nak pulihkan balik kulit aku macam usia aku 14 tahun dulu. Lepas tu dia kata “try la guna Figura. Makcik aku pun lebih kurang macam kau tau dulu tapi sejak dia try product tu makin okay aku tengok muka dia”
Pada mulanya aku rasa was-was sebab ye la beratus-ratus duit aku gunakan untuk bermacam-macam jenis produk tapi tak satu pun yang berkesan untuk aku. Tapi aku rasa macam okay la ni last. Kalau tak menjadi juga aku pasrah. Sebelum aku membeli produk tu aku cuba juga la google produk tu, tengok website dan blog dia. Aku susah nak percaya testimoni dekat blog sebab hampir kebanyakkannya testimoni elok tapi sampai dekat muka aku macam tak ada apa apa kesan pun.
Setelah hampir dua minggu aku amalkan Figura tanpa henti dalam setiap hari-hari aku, aku mula nampak perubahan di wajah aku. Aku berfikir mungkin jerawat yang ada di wajah aku ni jenis yang degil sebab tu dia amik masa yang agak lama kalau nak dibandingkan dengan testimoni yang lain.
Ketika penggunaan aku mencecah 7 minggu, aku langsung tiada jerawat di muka. Cuma ada kesan kesan parut. Aku ada juga terbaca yang FIGURA ni baik untuk merawat jeragat dan parut selain daripada melancarkan penghadaman. Aku tetap menggunakan figura dan juga aku mengamalkan skincare routine aku setiap hari. Antaranya aku buat double cleansing, toner, essence, moisturiser, serum dan yang paling penting sentiasa pakai sunscreen.
Kini hampir 3 bulan aku mengamalkan produk FIGURA. Aku sangat berpuas hati dengan muka aku sekarang sebab tiada langsung jerawat dan parut parut jerawat pun makin pudar. Kini aku percaya setiap masalah yang kita hadapi pasti akan ada jalan penyelesaiannya. Cuma kita harus berani mencuba dan tidak mudah putus asa!