Step 1: Pilih Cleansing Oil kegemaran anda. Di dalam gambar ini, saya gunakan Skin Reset. Saya lebih sukakan non-emulsifying Cleansing Oil untuk tujuan urutan, kerana ia lebih lembut dan kekal lama di wajah.
Step 2: Urut pada muka yang kering. Urut selama 5-10 minit. Lenguh? Teruskan. Jika mampu, sehingga 20 minit atau apabila anda terasa wajah sedikit ‘suam’ dan timbul biji-biji halus. Paling elok, 15 minit.
Step 3: Bersihkan tangan anda. Tangan je, jangan muka tau. Kalau tangan rasa berminyak boleh bilas dengan sabun, lap.
Step 4: Ambil air suam, celupkan tangan, dan urut wajah. Ulang step ni beberapa kali sampai rasa berminyak tu dah berkurangan. Berkurangan ya, bukan hilang sepenuhnya
Step 5: Ambil Cotton Pad atau kain lembut, lapkan wajah anda. Jika bahagian hidung itu banyak whitehead/blackhead, tekan perlahan. Anda akan dapati blackhead serta whitehead sangat mudah keluar dengan banyaknya.
STEP 6: Setelah berpuas hati, ambil pencuci muka, gosokkan di tapak tangan sehingga berbuih, kemudian urut muka. Bilas dengan air, sehingga tiada rasa berminyak. Boleh buat seminggu sekali. Malas? 2 minggu sekali pun boleh.