1. AIS
Fungsi ais adalah meningkatkan simulasi pengaliran darah yang membantu kulit untuk jadi lebih sihat.
Caranya: Balut kiub ais dalam kain dan tekap pada bahagian yang bermasalah selama 30 saat. Lakukan sekerap yang mungkin.
2. CUKA EPAL
Menegangkan kulit, mengecilkan liang-liang pori dan mengembalikan kestabilan pH kulit muka.
Caranya: Campurkan cuka ke dalam air. Ambil kapas, celupkan dan sapu pada kulit muka. Biarkan kering dan bilas. Lagi berkesan sekiranya dilakukan pada waktu malam selepas mencuci muka.
3. SODA BIKARBONAT
Soda bikarbonat berfungsi untuk membuang kotoran pada wajah, membuang lebihan minyak dan merawat masalah jerawat di muka.
Caranya: Ambil dua sudu soda bikarbonat dan letak dalam air. Sapu di wajah dan urut wajah. Pastikan pes soda bikarbonat tadi menyerap di kulit muka.
4. PUTIH TELUR
Mengecilkan liang pori yang terbuka dan menghilangkan minyak berlebihan di muka.Caranya: Pukul putih telur dan sapu pada muka. Jadikan ia sebagai masker. Biarkan kering baru dibilas. Untuk kesan yang efektif, selepas sapu putih telur lekapkan tisu di atas muka. Tarik tisu apabila putih telur betul-betul kering. Lakukan dua kali seminggu