Exfoliator, apa tu? Ada banyak jenis istilah dan label yang kita jumpa dekat luar sana, exfoliator ni antara salah satunya. Bagi yang baru nak bermula memang terkebil-kebil fikir apa benda ni sebenarnya? Penting ke?
Exfoliate dalam Bahasa Melayu maksudnya terkelupas, dan secara semulajadi kulit kita mengelupaskan lapisan kulit mati secara sendirinya.
Tapi, bila usia kita makin meningkat dan terdapatnya faktor seperti pendedahan kepada cahaya matahari, pengelupasan ni boleh menjadi perlahan atau berhenti. Kesannya menjadikan kulit kita kusam, kering, berkeping, mudah berkedut, tidak anjal dan juga menyebabkan tona kulit tak rata.
Apa fungsi exfoliator ni?
Jadi apa exfoliator ni buat adalah membantu kulit kita untuk mengelupaskan sel kulit mati tadi seperti mana ketika usia kulit kita muda. Sekaligus menjadikan kulit wajah kita berseri, lembap, lebih tegang, anjal dan rata tona warnanya.
Apa beza exfoliator dengan face scrub?
Sekarang kita tengok pulak jenis-jenis exfoliant ni, secara amnya ada dua jenis:
- Exfoliant fizikal
Selalu kita nampak ada facial scrub ataupun produk yang ada bintik-bintik kecil kasar tu kan? Inilah selalunya yang kita panggil exfoliant fizikal.
Kak Nita dulu adalah antara peminat facial scrub ni, dan kak Nita walaupun ada facial scrub yang bagus, kebanyakan exfoliator jenis ni kasar kepada kulit dan menyebabkan luka-luka mikro dekat kulit. Ini juga menyebabkan jerawat pasir dekat muka kak Nita dulu.
Dan walaupun dibandingkan dengan scrub favourite kak Nita, kak Nita sedar exfoliator yang berasaskan bahan kimia jauh lebih berkesan.
- Exfoliant berasaskan bahan kimia
Exfoliant jenis ini datang daripada jenis alpha-hydroxy acid (AHA) seperti glycolic acid ataupun beta-hydroxy acid (BHA) seperti salicylic acid.
Exfoliant jenis ni berfungsi seperti mana kulit kita semasa kita muda, walaupun namanya asid, cara ni adalah lebih lembut sebab AHA dan BHA ni hanya mengelupaskan lapisan kulit mati di luar dan tidak memberi kesan kepada lapisan kulit yang lain. Exfoliator jenis ni juga memberi kesan yang lebih berkesan berbanding facial scrub.
Ok, tapi apa pulak bezanya AHA dan BHA ni?
Ramai orang ingat kalau kulit saya sesuai dengan AHA maknanya dah tak sesuai dengan BHA dan sebaliknya. Tapi ni sebenarnya tak betul. AHA dan BHA mempunyai persamaan dan pada yang sama mempunyai perbezaan yang signifikan sebagai bahan aktif dalam skincare.
Persamaan antara AHA dan BHA:
- melembutkan kulit
- mengurangkan kedutan dan tanda penuaan
- meratakan tona kulit muka
- mengekalkan lembapan di muka
- menyerlahkan keserian muka
Daripada segi perbezaan, AHA fungsinya lebih kepada menghidratkan kulit, dan kajian menunjukkan AHA lebih berkesan menyembuhkan kerosakan di kulit yang disebabkan pendedahan kepada cahaya matahari.
Kelebihan BHA pula lebih mendalam dan membantu membersihkan liang pori, jadi kalau kulit anda jenis mudah breakout, liang pori besar, kulit kemerah-merahan, BHA boleh membantu.
Berapa kerap saya patut exfoliate kulit muka saya?
Dari segi kekerapan kak Nita cadangkan anda patut exfoliate sekurangnya sekali dalam seminggu. Kalau anda exfoliate menggunakan AHA dan BHA, rujuk kepada cadangan penggunaan produk, ada yang sesuai untuk kegunaan harian.
Untuk facial scrub, jangan pakai hari-hari, akan akan merosakkan kulit muka secara halus. Lebih-lebih lagi macam kak Nita yang senang untuk over menyental muka.
Bila saya patut pakai exfoliator ni dalam rutin saya?
Exfoliate selepas anda mencuci muka, dan kalau anda ada guna toner dalam rutin, gunakan exfoliator selepas anda mencuci muka dan memakai toner.
Dan selepas exfoliate, barulah anda pakai serum, produk jerawat(jika perlu) dan pelembap muka.
Perlu ke exfoliator ni atau buang duit saja?
Menggunakan exfoliator yang lembut seperti AHA dan BHA dalam rutin skincare anda adalah cara yang terbukti keberkesanannya dalam mendapatkan kulit yang berseri, lembut, anjal dan awet muda. Dan kalau itu yang anda idamkan, exfoliator bahan kimia yang diformulasikan dengan bagus adalah pelaburan terbaik untuk kulit muka anda.