Apa itu tiny bumps?
Tiny bumps tu sebenarnya apa? Tiny bumps sebenarnya adalah jerawat pasir iaitu liang pori yang tersumbat.Tiny bumps atau jerawat pasir ini akan membuatkan seseorang itu tidak selesa dan kadang kala akan merasa gatal di kawasan tersebut.
Kawasan tersebut apabila disentuh menggunakan tangan akan terasa kasar dan berbiji-biji halus yang timbul.
APA PUNCANYA
- Kulit muka tidak bersih
Punca tiny bumps atau jerawat pasir ni disebabkan oleh bila sisa kulit mati tidak dibersihkan. Bila tidak dibersihkan, akan berlakunya pengumpulan minyak pada pori-pori kulit. Pori-pori kulit yang berminyak akan mudah dijangkiti oleh bakteria.
- Makan makanan yang tidak sihat
Selain itu, cara pemakanan yang tidak sihat juga menjadi punca pertumbuhan tiny bumps atau jerawat pasir ini.Bagaimana? Pemakanan yang tidak sihat seperti jenis pemakanan berlemak dan bergula tinggi akan meningkatkan penghasilan minyak pada kulit.Bila penghasilan minyak pada kulit semakin bertambah, liang pori nanti akan mudah tersumbat.Kemudiannya akan menghasilkan tiny bumps atau jerawat pasir ini.
- Memicit blackhead dan whitehead
Sebenarnya, tabiat memicit blackhead dan whitehead ni juga akan menggalakkan pertumbuhan tiny bumps atau jerawat pasir ini. Jadi elakkan tabiat memicit blachead dan whitehead.
- Cuaca panas
Bila kita terdedah dengan cuaca yang panas, kita akan mudah untuk berpeluh. Peluh yang banyak di muka akan menggalakkan bakteria-bakteria untuk membiak. Kemudiannya akan terhasillah tiny bumps atau jerawat pasir ini.
Jadi, apa cara penyelesaian untuk hilangkan tiny bumps atau jerawat pasir ini?
TIPS UNTUK MENGHILANGKAN TINY BUMPS:
1. Elakkan daripada menggunakan produk penjagaan kulit yang berasaskan minyak.
Tindakan ini boleh meningkatkan jumlah minyak pada kulit wajah korang yang membawa kepada penyumbatan pada pori wajah. Untuk kulit berminyak sila elakkan.
2. Tidak skip dan konsisten melakukan exfoliation.
Korang perlu exfoliate kulit 2-3 kali seminggu untuk buang segala jenis sel kulit mati dan kotoran-kotoran di permukaan kulit.
3. Pilih mask atau scrub yang lembut dan sesuai dengan masalah kulit korang.
4. Elakkan daripada membiarkan kulit muka terdedah dengan cahaya matahari yang berlebihan.
Cahaya matahari yang berlebihan akan menyebabkan DNA sel kulit kita rosak kerana sinaran UV dari cahaya matahari itu. Dan ia akan merencatkan struktur kulit kita.Disebabkan itulah kita perlu pakai sunscreen bila nak keluar. Pilihlah sunscreen yang sesuai dengan muka korang.
5. Elakkan tabiat memicit blackhead dan whitehead.
Memicit blackhead dan whitehead seperti di hidung is big no! Begitu juga dengan memicit bintik-bintik pada wajah. Merisaukan jika ianya menjadi luka, dan bila ia luka, ia akan mudah dijangkiti bakteria.
Jadi korang boleh guna alatan yang sesuai seperti steril atau pun pergi ke dermatologis.
6. Bersihkan solekan
Bila dah habis acara, pastikan korang bersihkan solekan korang sebelum tidur.Kalau korang tak bersihkan solekan, nanti pori wajah tersumbat. Ia akan menyebabkan kulit wajah anda mudah berminyak
Kredit: Youthayuju