Bahan-bahan:
1. 100 g Daging
2. Sedikit garam
3. Sedikit lada hitam
Cara-cara:
1. Gaul daging yang kering dengan garam kasar dan lada hitam. Bungkus didalam plastik yang telah dibuang udara
2. Masukkan kedalam air yang telah dipanaskan mengguna mesin sous vide. Saya guna Thermomix.
3. Selama sejam pada suhu 55 darjah C
4. Buka plastik dan keringkan daging dengan tuala atau kertas dapur
5. Bakar. Saya guna penunu bunsen. Boleh goreng atau masuk oven.
6. Rehatkan daging selama 5 minit dan baru potong
7. Hidang. Jika diet tinggi protein jangan lah makan dengan kentang atau sos yang berkalori tinggi.
Kredit: Kamsiah Haider
0