Sejak dari kecil saya telah dimanjakan dengan masakan yang sedap oleh arwah mama saya. Bila memasuki alam remaja, saya semakin tidak dapat mengawal tabiat makan saya, semakin chubby dan chubby sehinggalah umur semakin meningkat.
Bila diterima memasuki maktab perguruan, saya mula merasa kesukaran untuk mengikuti aktiviti-aktiviti lasak seperti sukan dan kokurikulum.
Seterusnya, saya telah melanjutkan pengajian saya ke peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains Sukan (Pengurusan Sukan) di Universiti Malaya. Meskipun saya sudah berada dalam bidang sains sukan, namun sayang saya masih lagi meneruskan tabiat pemakanan yang salah.
Pada saya, TIADA ISTILAH PANTANG dalam pemakanan. Asalkan sedap dan lazat, harus kita bedal. Menggemari makanan yang berat (nasi, makanan bergoreng dan sebagainya) adalah perkara normal.
Namun tarikh 13 April 2013 telah mengubah segalanya.
Ketika hendak menyimpan alat penimbang badan di setor sukan, saya tiba-tiba terdetik, teringin untuk menimbang berat badan saya (Kebiasaannya saya selalu mengelak untuk menimbang berat badan). Tanpa dilihat oleh seorang lagi rakan guru PJPK, saya pun menimbang berat badan saya.
MasyaAllah…..138kg. Terus terduduk di kerusi dan fikiran saya berserabut….Umur dah nak 43 tahun ketika itu. Pada waktu tu juga, saya mula terbayang wajah rakan-rakan yang dah ada appointment doktor setiap dua minggu atau setiap bulan sekali.
“Aku tak nak jadi seperti mereka. Aku patut berubah! “
Justeru mulai detik itu, saya menanam azam untuk berubah. Bermulalah perjuangan saya dalam menurunkan berat badan. Tapi motif utama saya tetap satu, iaitu untuk menjaga KESIHATAN. Percaya atau tidak, untuk peringkat awalnya, internetlah yang menjadi sumber pencarian ilmu. Pada satu ketika, saya terjumpa blog FIGURA INTERNATIONAL. ” Mmmmm…betul ke ni?…” ” Boleh percaya ke ni?…”
Saya membaca setiap testimoni dan kisah kejayaan yang disiarkan di sana, sambil mengkaji juga tips-tips yang dipaparkan di blog tersebut.Maka dalam banyak-banyak kisah kejayaan itu, terjumpalah saya satu produk yang mereka amalkan iaitu FIGURA. Banyak juga tips dan ilmu yang berguna untuk diamalkan ketika menurunkan berat badan. Saya tak berlengah masa. Terus Figura tersebut.
Saya juga mula mengkaji kalori makanan kegemaran saya sebelum ini. Bila saya mengetahuinya, saya akan membuat keputusan sama ada saya masih perlu memakan makanan tersebut atau tidak. Atau mungkin cuma memakannya dalam kuantiti kecil.Saya mula membuat defisit kalori…
Setiap hari, boleh dikatakan saya senantiasa membuat penambahbaikan di dalam menu harian saya.Bukan itu sahaja, saya juga akan bersenam dan minum banyak gelas air masak untuk membantu melancarkan sistem pencernaan saya.
Alhamdulillah… berikut adalah hasil yang saya dapat.
13 April 2013 = 138 kg; Saiz baju 3XL(Ketat dan sendat); Saiz Seluar 50
29 Sept 2013 = 100 kg
Januari 2014 = 82 kg; Saiz Baju L; Saiz Seluar 34