Pinggang yang ramping menjadi idaman setiap wanita. Ikuti beberapa tips senaman untuk Pinggang di bawah ini :
1) Melompat Serong Berselang-Seli
Sambil anda melompat, pusingkan pinggang anda ke kiri dan ke kanan
Pastikan tubuh anda tidak berpusing sekali, hanya bahagian pinggang ke bawah yang bergerak
Kedua belah tangan anda biarkan ianya berada selari dengan dada
2) Duduk Pusing Berselang-Seli
Duduk dalam keadaan kedua belah kaki di bengkokkan sedikit dan kedua lutut dalam keadaan rapat
Pastikan kaki anda tidak bergerak
Hanya gerakkan tubuh badan anda dari pinggang hingga atas ke kiri dan ke kanan
3) Baring Mengiring
Mengiringkan badan dan biarkan tangan berada dalam bentuk ‘L’ untuk menampung badan anda
Pastikan pinggang dan punggung tidak rapat pada permukaan lantai
Angkat kaki ke atas dan ke bawah secara perlahan-lahan sambil tangan mencekak pinggang
Ulang semula langkah yang sama untuk bahagian yang sebaliknya
4) Kayuh Basikal Berselang-Seli
Gerakan ini dilakukan dalam keadaan punggung sahaja yang berada di lantai
Tolak kaki kiri anda ke depan sementara kaki kanan ke belakang dan lakukan selang-seli
Pusing badan anda ke kanan ketika kaki kanan anda juga berasa dekat dengan tubuh
Biar kedua tangan di lepa kan di belakangg kepala
5) Gerakan Kaki Secara Wiper
Gerakan ini dilakukan dalam keadaan baring mendatar di atas lantai dengan muka dan tubuh menghadap ke atas
Pastikan badan anda melintang tanpa bergerak
Angkat kedua belah kaki membentuk huruf ‘L’ dan hayunkan ke kiri dan ke kanan perlahan-lahan.