i. Oat
Oat membantu menurunkan tahap kolesterol dalam badan. Kandungan serat larut yang tinggi membentuk gel dalam saluran pencernaan untuk mengikat kolesterol berlebihan dan lemak dalam perut serta menghalangnya daripada diserap oleh tubuh.
ii. Barli
Barli boleh membantu mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya melalui serat larut yang dihasilkan.
iii. Kacang
Kacang kaya dengan serat larut dan sesuai diambil oleh orang yang sedang cuba menurunkan berat badan. Serat larut yang dihasilkan mengambil masa yang agak lama untuk dicerna. Hal ini bermakna anda berasa kenyang yang lebih lama selepas makan.
iv. Terung
Segelintir orang tidak menggemari sayur terung kerana teksturnya yang lembut setelah dimasak. Namun begitu, terung mampu menyerap asid hempedu yang berada tubuh serta menyerap kolesterol dalam hati anda.
v. Bayam
Bayam kaya dengan kalium dan asid folik. Kedua-duanya bertindak sebagai penghalang tekanan darah tinggi. Bayam juga kaya dengan lutein dan karotenoid yang bukan sahaja menguatkan sistem imunisasi, tetapi juga membantu mengekalkan kesihatan secara umum.
vi. Minyak zaitun
Kebaikan minyak zaitun sama sekali seperti avocado. Minyak zaitun mengandungi asid lemak yang tidak tepu. Ia juga boleh dijadikan sebagai pengganti mentega.
vii. Anggur
Anggur kaya dengan flavonoids, quercetin, dan resveratrol. Flavonoids dapat mencegah pengoksidaan kolesterol jahat yang membawa kepada pembentukan plak pada dinding arteri. Ia turut mengurangkan risiko pembentukan darah beku yang boleh membawa kepada serangan jantung.
viii. Delima
Jus delima bukan sahaja mampu mencegah pengerasan arteri dengan mengurangkan kerosakan saluran darah, tetapi boleh menangani masalah ini daripada berlaku. Jus delima yang tinggi kandungan antioksidan dapat membantu menghalang pengerasan arteri.
ix. Soya
Susu soya adalah minuman diet untuk menurunkan berat badan. Susu soya mempunyai kadar lemak yang rendah dan protein yang tinggi untuk membantu menurunkan berat badan dengan cepat dan berkesan.
x. Ikan
Kandungan minyak Omega 3 yang terdapat dalam ikan seperti tuna dan salmon dapat menghentikan pemendapan lemak dalam arteri. Asid lemak juga mampu mengelakkan pembentukan kolesterol daripada teroksida.
xi. Bawang putih
Bawang putih mempunyai sifat mencegah penggumpalan darah (thrombosis) dan mencegah terbentuknya pengerasan dinding pembuluh darah.