Nak berdiet tapi tak tahu nak mula dari mana? Azam untuk kurus tahun baru pun dah berhabuk. Nahh disini saya kongsikan beberapa Tips Kurus untuk permulaan bagaimana nak mulakan diet !! Cara paling asas adalah melalui diet yang seimbang dan senaman yang konsisten. Tapi kalau anda kejap nak diet kejap tak nak, jangan berangan lah berat tu nak turun. Lagi-lagi kalau malas buat exercise, trust me.. Tak kan boleh kurus.
7 Tips Kurus Untuk Beginner:
1. Minum air kosong secukupnya
– Minum air kosong dalam kuantiti yang mencukupi setiap hari akan melancarkan sistem pencernaan. Minum air kosong juga akan mengurangkan rasa lapar.
– Kerana apabila badan kita kekurangan air, otak akan mentafsirkannya sebagai lapar dan menyebabkan anda ingin makan walaupun baru jer lepas 45 minit lunch, sedangkan badan anda hanya perlukan air bukan makanan.
2. Lakukan senaman 2-3 kali seminggu
– Tidak pergi gym pun tidak mengapa. Yang penting kena selalu bergerak. Sesekali, kalau asyik naik lif saja, apa salahnya naik tangga? Ia lebih menyihatkan badan, malah peluh pun keluar.
– Sebaik-baiknya, amalkan buat senaman 30-40 minit. Ia dapat membantu memperbaiki peredaran darah, membakar lemak dan menaikkan stamina.
– Kalau sebelum ini asyik tercungap-cungap, mulakan dengan senaman ringan. Nescaya, badan akan jadi lebih ringan.
3. Elakkan Pengambilan Makanan Segera
– Makanan segera ni sangat sebati dalam kehidupan kita seharian. Mana tidaknya, asal balik kerja atau pergi shopping mall mesti singgah McD beli Prosperity burger.. Tak pun singgah KFC beli Golden egg chicken.
– Kononnya tak makan nasi.. Tapi lemak tepu tu semua dia ngappp. Jadi, sebagai permulaan langkah anda memulakan diet, elakkan pengambilan makanan segera kerana makanan segera tinggi dengan lemak TEPU.
4. Kurangkan pengambilan gula
– Ini bukan hanya untuk orang tua yang ada kencing manis atau “diabetis” saja. Malah ia juga penting untuk semua peringkat umur, tak kira budak atau orang dewasa.
– Jauhkanlah minuman manis seperti Teh tarik kaw, Air kotak dan lain-lain. Minum air kosong itu lebih baik dan banyak manfaatnya. Air kosong tak sedap?
– Cubalah minum air bergula, seperti Milo Ais Tabur pasti tidak akan kurus sampai bila-bila, silap hari kaki pun kena potong. Tabiat ini semestinya dibuang.
5. Kira keperluan kalori seharian
– Sebenarnya, nak kurus ni bukanlah susah pun, mudah jer. Apa yang anda perlu lakukuan ialah ambil kalori yang diperlukan oleh badan anda seharian.
– Jika anda perlukan 1600 kcal sehari, jangan pulak pergi ambil 2500 kcal sehari.. Kalau begini sampai ke tua tak kurus. Kalau makan kurang daripada keperluan kalori pula, anda akan menjadi tidak bermaya dan kekurangan nutrisi.
– Jom kira kalori anda disini http://www.freedieting.com/tools/calorie_calculator.htm
6. Tidur yang mencukupi
– Tahukah anda, sewaktu kita tidur kalori juga akan terbakar. Percaya tak?. Jadi, untuk penurunan berat badan baik. Anda haruslah mendapat waktu tidur mencukupi.
– Bak kata omputeh “quality sleep”. Tidur yang cukup akan membantu proses recovery badan kita setelah seharian bekerja. Selain itu, tidur yang cukup juga dapat mengurangkan tekanan dan meningkatkan tenaga.
7. Makan dalam kuantiti kecil
– Ramai beranggapan kalau nak kurus kena berlapar, sampai sanggup buat crash diet. Sebenarnya, kalau inginkan diet yang seimbang dan sihat, anda perlu makan dalam kuantiti yang kecil dengan kerap.
– Bukannya sekali hadap makanan macam tak makan 10 tahun!!. Pastikan juga dalam setiap hidangan yang anda ambil mencukupi keperluan makronutrisi anda.
Ok cukuplah 7 tips ni dulu.. Kalau byk sangat tips nanti makin terkubur azam untuk kurus tu.. Opss.. Dah.. Jangan tau nak baca jer tips-tips kurus tapi buatnya tidak.. Jom mulakan sekarang !!!.