UNTUK WAJAH JELITA
Sewaktu berdandan pada waktu pagi, baca selawat kepada Nabi Muhammad SAW pada kedua-dua tapak tangan, dan tekap ke muka berserta niat supaya menambah aura, diperindahkan peribadi. Namun, jangan takbur jika petua ini berkesan.
MELEBAT DAN MELENTIKKAN BULU MATA DAN KENING
Kalau hendak cantik, gunakan lendir pokok lidah buaya dan sapukan pada bulu mata dan kening anda.
MENCERAHKAN KULIT WAJAH
Ambil sebatang timun, parut isinya di dalamnya dan campurkan bersama 1/2 biji asam limau nipis dan bedak sejuk, pakai di muka setiap malam. Petua ini juga sesuai untuk menghilangkan jerawat.
MENAJAMKAN PENGLIHATAN
Amalkan minum air suam setiap hari, mandi pada waktu Subuh dengan menyiram air pada hujung kaki terlebih dulu sebelum ke bahagian tubuh atas. Makan buahan segar seperti epal, anggur dan lobak putih serta banyakkan melihat pemandangan yang jauh dan serba hijau seperti pokok. Selain itu, amalkan menghadap ke arah kiblat.
UNTUK BADAN LANGSING SELEPAS MELAHIRKAN ANAK
Bagi mengelak badan gemuk selepas bersalin, amalkan petua ini:
Ambil 5 halia cina, 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis. Tumbuk kesemuanya hingga lumat. Perahkan air limau nipis. Makan bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu sedang berpantang.
UNTUK KURANGKAN BUNCIT
Ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang diperah jusnya. Campurkan dengan kapur tadi dan gaul hingga sebati. Sapukan pada perut sebelum masuk tidur.
UNTUK KEMPISKAN PERUT
Ini adalah petua yang mudah dan murah. Ambil limau nipis dan campurkan dengan teh tanpa gula, minum setiap hari. Petua kampung yang ini sesuai untuk mereka yang tidak menghidap apa-apa penyakit.
UNTUK BIBIR MERAH SEMULA JADI
Sapu sedikit mentega atau marjerin pada bibir anda sebelum masuk tidur, amalkannya setiap hari.
CARA ELAK LEBAM ATAU LINGKARAN GELAP BAWAH MATA
Sewaktu anda menyapu bedak asas cecair atau penyamar noda (concealer) pada bawah mata, gunakan jari manis untuk mengurut lembut sambil membaca selawat ke atas Nabi SAW sebanyak tiga kali.
MEMERAHKAN BIBIR YANG HITAM
Ambil tiga helai daun sirih, perah airnya yang berwarna merah kemudian sapu pada bibir pada waktu malam. Rajin-rajinlah mengamalkannya.
RANGSANG HORMON PENGHADAMAN
Minum kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Tekak akan berasa pahir dan menghantar isyarat ke otak bagi menggalakkan rembesan enzim dan asid HCL yang membantu kecekapan sistem penghadaman.