Tips 1 : Berdamping Dengan Omega-3
Mahu kurus cepat? Caranya mudah. Tingkatkan metabolisme badan. Caranya? Ambil Omega 3. Dalam kajian lain di International Journal of Obesity and Related Metabolism Disorder, Omega 3 dapat tingkatkan metabolisme tubuh. Meningkat hingga 4% dalam masa sebulan. Jumlah yang perlu diambil ialah 6g sehari. Dalam kajian lain pula di Applied Physiology and Nutritional Metabolism, ambil 3g Omega 3 sahaja sehari selama 6 minggu naikkan hingga 5.3% metabolisme tubuh. Bakar lemak tanpa kita sedari. Kata orang putih “its effortless.” Omega 3 juga bantu turunkan rasa lapar. Selera makan juga mengecil.
Maklumat ini didapati dalam kajian yang dimuat di Journal Appetite. Contoh makanan ada OMEGA 3 ialah Avocado. Juga yang dikenali sebagai SMART FAT. Avocado kaya dengan lemak dan fiber. Apabila kenyang tiada lagi jajan. Tiada kudap kudapan. Boleh fokus terus pada kerja.
Lebih menarik lagi Avocado boleh kepiskan perut. Secara alami. Apabila dicampur dengan senaman lagi MERECIK hasilnya. Semestinya Omega 3 ini teman sejati otak. Sangat BAGUS untuk OTAK. Tak boleh ambil avocado? Ambil Flaxseed atau ambil terus minyak ikan. Menurut kajian dari American Journal of Clinical Nutrition dan Journal of the International Society of Sports Nutrition,
Tips 2 : Makan Pisang Untuk Rasa Kenyang
Teringat satu ketika. Heboh di Jepun. Pisang habis. Sukar di dapati. Semuanya gara-gara kurus. Ada pendapat mengatakan pisang menurunkan berat badan. Orang berpusu-pusu ke pasar. Tujuannya mahu beli pisang. Mahu kurus. Pisang tidak ada kandungannya yang menurunkan berat badan.
Kalau perut saiz XXXL mungkin setandan baharu kenyang. Umumnya dua biji pisang sudah mengenyangkan. Andai mahu kelihatan seperti usia sebenar. Bukan tua sebelum usia, makanlah pisang. Pisang ada anti oksida. Membaik pulih organ dalaman. Organ dalaman muda, yang luar ikut muda.
Mahu hadiri mesyuarat, baca buku atau buat pembentangan, Ambil pisang. Ada kehebatan pada pisang. Ada B6, manganese dan copper. Semuanya untuk otak. Ada fiber pada pisang. Diproses secara perlahan oleh sistem. Lambat terasa lapar. Rahsianya pada Pectin. Antara pisang ranum dan masak tetapi masih kehijauan, elakkan yang ranum. Gula sedikit. Kanji kecil.
Mahu kawal tekanan darah, pisang boleh membantu. Ada potassium. Membantu kesihatan jantung manusia dan buah pinggang. Pisang juga turunkan emosi negatif yang bersarang dalam diri. Buah pisang disebut di dalam Al-Quran. Disebut sebagai makanan di syurga.
Tips 3: Banyakkan Pengambilan Air
Air membersihkan tubuh dari dalam. Bantu buang toksin dari makanan yang kita ambil. Air juga adalah sumber nutrisi untuk otak. Air sangat penting untuk dapatkan tidur yang nyenyak. Andai kita bangun tidur dengan sakit tengkuk itu tandanya air tidak mencukupi. Bukan salah bantal.
Andai kita bangun atau terasa kebas tangan, kaki atau bahagian tertentu tubuh, itu tandanya air kurang. Lenguh-lenguh badan adalah masalah kurangnya air. Air kurang otak mengering. Tidak cukup air melembabkan otak. Tidak cukup air otak tidak berfungsi dengan baik.
Minuman seperti kopi, teh dan yang lain-lain tidak termasuk dalan kategori air. Air kosong tidak berwarna dan berperisa lebih tepat digunakan untuk tubuh kita. Setiap masa kita kehilangan air. Ianya perlu ditambah. Mayo Clinic, sebuah institusi terkenal di US mempunyai saranan yang berbeza. Saranan Mayo Clinic dan Prof Dinges sama. Untuk lelaki, minum air sebanyak 13 gelas atau 3 liter. Perempuan pula ialah ialah 9 gelas atau 2.2 liter. 8 gelas air hanya berjumlah 1.9 liter.
Tidak cukup untuk perempuan. Sangat kurang untuk perempuan. Minum air mencukupi banyak faedahnya. Ada antara kita yang selalu ‘terlupa” minum air. Apps telefon pintar berikut boleh membantu Waterlogged atau Water Drink Reminder
Tubuh dapat memproses makanan dengan efektif. Membantu menurunkan berat badan. Jom kita ambil berat tentang air yang kita minum. Air penting untuk otak. Air penting untuk tidur. Air penting untuk kurus. Otak manusia adalah 80% air. Kurang ambil air sebanyak 2% sahaja beri kesan buruk pada otak. Antaranya:
- Lemah konsentrasi
- Menjunam short term memory
- Menurun tahap alert atau siap siaga
Pastikan air cukup. Teh, kopi dan minuman berwarna tidak termasuk dalam kategori ini. Mahu otak geliga bermesralah dengan air kosong. Bangun pagi sahaja pastikan 500ml diminum dengan bangganya. Air nutrisi penting untuk OTAK. Apabila terasa dahaga itu tanda OTAK mula hilang nutrisi. Sebelum simptom dahaga muncul, hadirkan air.
Tips 4: Tidur Yang Cukup
Ya, tidur. Nak kurus kena tidur. Tidur 5 jam atau kurang tambahkan lemak pada perut. Bentukkan air terjun ketika mandi. Kaki tidak basah jadinya. Lemak pada perut atau visceral fat ini bahaya. Tempat toksin bertapa. Tunggu masa untuk merosak. Pastikan cukup tidurnya. Tidur untuk sihat dan awet muda. Dan kurus. Bukan sekadar tutup mata.
Tugas ghrelin ialah memberi isyarat kita perlu makan. Tidur tidak cukup menyebabkan otak melepaskan lebih banyak ghrelin. Bayangkan ghrelin yang meningkat tiga kali ganda. Ia meminta dan merayu untuk makan. Akhirnya kita mengalah. Bunyi keroncong pun mula dilagukan. Kita tinggalkan kerja. Kita bergegas bangun mencari makan. Biasanya kita capai apa yang ada dahulu. Kudap-kudap dulu.
Makan dengan lahap. Laju. Air gelas besar.Maklumlah lapar tahap dewa. Ini ghrelin punya angkara. Leptin pula memberi klu perut sudah penuh. Mesti berhenti. Malangnya apabila kurang tidur, leptin berkurangan. Kurang leptin menyebabkan kita terus makan. Walau sudah habis sepinggan. Bangun dan tambah lagi. Maklumlah leptin tidak ada untuk melarang dari berhenti makan. Apabila kita makan tetapi tidak mampu berhenti itu tandanya ghrelin dan leptin di otak tidak stabil. Tidur cukup jadi awet muda. Ada lagi kelebihan tidur ni. Tidur tengahari pula. Orang kata Qailulah.
Tips 5: Bersenam
Senaman penting. Diet tanpa senaman tidak membawa ke mana. Ramai yang bersenam setelah pulang kerja. Lebih buruk apabila bersenam waktu malam. Waktu mana yang sesuai? Waktu pagi lebih sesuai kerana hormon yang keluar seperti endorfin dan serotonin boleh bantu bina semangat. Semangat untuk teruskan usaha diet. Motivasi tinggi. Kerja lebih berprestasi.
Kajian dari jurnal saintifik Progress in Cardiovascular Disease. Berlari dua jam seminggu panjangkan umur sebanyak 3.2 tahun. Tidak perlu berlari pantas. Tidak perlu berlari jauh. 5 minit sehari sudah mampu jauhkan penyakit jantung dan kematian mengejut. Kajian ini diterbitkan beberapa bulan lepas. Masih baharu dan panas. Bersenam bagus. Perlu hari-hari. Diperlukan oleh otak dan tubuh. Bersenam untuk sihat. Kurus itu bonus. Diet perlu diteliti. Rehat dan tidur perlu diamati. Ada pelbagai jenis senaman. Mulakan dengan berjalan. Mulakan dengan aktiviti warm up. Berlari boleh sebabkan sakit tubuh. Otak akan rekod kesakitan. Esoknya otak keluarkan alasan.
Tidak perlu jogging sebab jogging undang kesakitan. Kita pun berhenti. Senaman jadi projek terbengkalai lagi.Mulakan sedikit. Biar berterusan.
Tips 6: Elakkan Makanan Berminyak
Tuan Puan tahu apa kesan mengambil makanan berminyak mengandungi tepung dan bergula seperti goreng pisang? Apa khasiatnya? Mungkin tiada. Penuh kalori. Satu pisang goreng sudah mencecah 200 kalori. Belum masuk cucur dan minuman. Congakan kasar mungkin sekitar 800 kalori termasuk air. Andai 100 kalori perlu berlari selama 15 minit, berapa agaknya kalau 800 kalori?
Apa yang berlaku andai tidak senaman selepas itu? Kesan buruk pada CEO otak iaitu Prefrontal Cortex (PFC) jugak berlaku. Makanan-makan itu menurunkan aktivitinya. Andai inilah makanan yang dimakan ketika mesyuarat, apa akan jadi pada kualiti hasil mesyuarat? PFC adalah tempat membuat keputusan. Tempat merancang. Tempat mengawal. Lemah bahagian ini lemahlah yang lain. Merosotlah prestasi. Mulalah rasa tidak puas hati di sana sini.
Tips 7 : Masak Cara Sihat, Bawa Bekal
Masak denga cara sihat di rumah seperti stim, bakar dan rebus Apabila kita makan di kedai, kebiasaanya makanan yang dimasak mengandungi gula putih. Dimasak pula dengan minyak yang banyak. Mungkin juga recycle minyak semalam.
p/s: Untuk keburukan gula putih, semak semula Tips Kurus 2. Untuk keburukan makanan berminyak, semak semula Tips Kurus 13. Apabila masak sendiri, Tuan Puan boleh stim, bakar dan rebus sahaja.
Jika tidak tahu ingin masak apa, boleh juga cuba bawa makanan berikut untuk lunch di pejabat:
1. Buah-buahan segar seperti jambu batu potong.
2. Kekacang seperti almond
3. Buah-buahan kering seperti buah tin dan apricot.
4. Teh bunga tanpa gula. Maniskan dengan madu atau stevia. Itupun kalau mahu.
Ini adalah contoh-contoh makanan dan minuman yang boleh dibawa bekal, dan ianya boleh menjadi ubat.
Tips 8 : Jauhi Processed Food & Frankenfood
Baru ni ketika di pasaraya ternampak ada 1 troli betul-betul parking di depan saya. Terpandang satu kotak. Bahagian ingredient betul-betul ada di depan mata. Saya ambil handphone terus snap. Lepas tu besarkan dan tengok ingredient pada kotak. Yang tertulis:
“Ingredients: Enriched Bleached Wheat Flour [Flour, Reduced Iron, B Vitamins (Niacin, Thiamine Mononitrate (B1), Riboflavin (B2), Folic Acid)], Corn Syrup, Sugar, High Fructose Corn Syrup, Water, Partially Hydrogenated Vegetable and/or Animal Shortening (Soybean, Cottonseed and/or Canola Oil, Beef Fat), Whole Eggs, Dextrose. Contains 2% or Less of: Modified Corn Starch, Glucose, Leavenings (Sodium Acid Pyrophosphate, Baking Soda, Monocalcium Phosphate), Sweet Dairy Whey, Soy Protein Isolate, Calcium and Sodium Caseinate, Salt, Mono and Diglycerides, Polysorbate 60, Soy Lecithin, Soy Flour, Cornstarch, Cellulose Gum, Sodium Stearoyl Lactylate, Natural “and Artificial Flavors, Sorbic Acid (to Retain Freshness), Yellow 5, Red 40.”
‘Makanan’ di atas bukan food. Ia Frankensfood. Sediaan utama ialah bahan kimia. Sedap di lidah sakit di perut dan otak. Sepatutnya dibakulsampahkan saja. Bila kita nak beli ‘makanan’ lihat kandungan. Kandungan dengan perkatan sukar disebut wajar dihindari. Sampai nak tergeliat lidah tu jauhkan sahaja. Kebanyakan makanan yang dipaketkan di pasaraya adalah makanan proses. Lihat dulu isi kandungannya sebelum membeli.Pada chicken nugget contohnya ada 25 bahan atau ingredient. Salah satunya ialah ayam. Yang lagi 24 tu apa? Nak kurus, elakkan juga makanan yang berbahaya untuk tubuh badan.