- Pengambilan makanan ataupun supplemen yang kaya dengan vitamin E
Mesti anda pernah meluangkan waktu lapang bersama kawan ataupun ahli keluarga sambil makan kuaci. Antara sedar atau tidak, perbuatan tersebut adalah baik untuk parut jerawat kerana kuaci kaya dengan Vitamin E terutamanya yang diproses daripada bijian bunga matahari. Selain kuaci, makananan semulajadi lain seperti kacang almond, buah avokado, sayur brokoli, bayam dan buah kiwi juga kaya dengan sumber tersebut. Sebab itu petua orang tua-tua menggalakkan kita untuk makan sayur bayam kalau mahukan kulit yang cantik. Selain melalui diet, sumber Vitamin E ini juga boleh didapati melalui suplemen yang dijual di farmasi.
- Diet serta suplemen yang kaya dengan sumber Vitamin C
Percayakah anda, hanya semudah mengambil minuman jus oren, limau ataupun buah-buahan yang masam, khasiat Vitamin C dapat diperolehi. Manusia memerlukan sumber Vitamin C sebagai sumber antioksidan dan juga memulihkan sel sel kulit yang rosak. Oleh itu, Vitamin C ini bukan sahaja diperlukan bagi menghilangkan bekas jerawat, tetapi juga digunakan oleh pesakit selepas pembedahan untuk proses kesembuhan optima.
- Penggunaan madu untuk mengurangkan keradangan jerawat aktif
Selain parut, masalah jerawat aktif juga perlu untuk dirawat sebelum menghasilkan parut yang baru. Secara amnya, rawatan yang tepat melalui ubat-ubatan perlu untuk diambil. Namun, kajian juga ada mendapati bahawa pengaplikasian madu pada bahagian jerawat dapat mengurangkan keradangan pada kulit. Selain itu, madu juga ada bahan antibakteria yang mana penting untuk mengelakkan jerawat daripada terkena jangkitan kuman. Namun harus diingat bahawa hanya pengambilan madu semulajadi sahaja yang berkesan untuk jerawat.