Blackhead dan whitehead cukup terkenal dalam kalangan kaum wanita kan. Selain jerawat dan jeragat, dengan munculnya blackhead dan whitehead ini menjadikan kulit tampak kusam dan tidak berseri. Biasanya mereka yang mempunyai kulit berminyak selalu akan terkena blackhead whitehead ini.Paling ketara, bintik hitam atau blackhead ini boleh kelihatan di kawasan hidung, dahi dan dagu. Normal, di bahagian hidung. Whitehead pula di bahagian tepi hidung, celah hidung dan pipi
Punca ianya berlaku?
Kerana tidak menitikberatkan penjagaan wajah. Setiap hari wajah kita terdedah dengan debu, kotoran, habuk yang melekat. Ini tidak termasuk dengan penggunaan alat mekap lagi. Sekiranya ia tidak dibersihkan dengan teliti, akan berlakunya whitehead dan blackhead.Masalah hormon, pengeluaran sebum berlebihan, skincare yang tidak sesuai untuk kulit muka dan produk skrubmuka yang kasar boleh menyebabkan berlakunya whitehead dan blackhead.
Tips untuk menghilangkan blackhead dan whitehead:
Tips 1:Putih Telur
- Ambil sebiji telur dan pecahkan
- Asingkan putih dan kuningnya.
- Pukul putih telur dalam 2 minit.
- Sapukan di bahagian muka dan biarkan ia kering.
- Bilas dengan air bersih.
- Amalkan secara kerap untuk dapat hasil yang bagus.
Tips 2:Kacang Soya
- Kisarkan beberapa biji kacang soya sehingga halus
- Sapu seluruh muka di bahagian yang banyak blackhead.
- Keringkan dan bilas dengan air bersih.
- Kandungan kacang soya bukan sahaja dapat menghilangkan bintik hitam, malah dapat melembutkan kulit. ***boleh gunakan ESP sebagai ganti
Awas juga! Kebanyakan kacang soya di pasaran ialah kacang soya GMO – yang telah diubah genetiknya
Tips 3:Lemon
- Ambil lemon dan belah dua
- Gosokkan secara lembut dibahagian yang banyak blackhead.Biarkan kering
- Lakukan dengan kerap.
- Awas:jika ada kesan luka atau jerawat, boleh memedihkan muka anda.
Tips 4: Betik
- Ambil sepotong dua betik. Kisarkan sehingga hancur.
- Sapu di muka
- Boleh juga tambah susu segar dan madu.
- Biarkan kering dan bilas.
Anda juga boleh wapkan dahulu muka anda dengan wap air panas. Ia dapat membantu membuka liang untuk memudahkan pengeluaran bintik hitam.
Untuk menutup liang pori selepas itu, anda boleh gunakan kiub ais.
Tips 5:Figura
- Amalkan Figura 2 kali sehari. 30 minit sebelum sarapan dan 30 minit sebelum makan malam sebelum jam 8 malam.
- Minum air kosong 1 gelas kemudian bancuh 1 sachet figura bersama 100ml air kosong/sejuk. Minum 1 gerkas air kosong lagi.
- Perlu minum 3 liter air kosong sehari untuk pelancaran yang baik.