Dulu berat saya 80kg. Tapi sekarang ni alhamdulillah sudah 52kg. dah berjaya turun 28kg dengan cara kurus yang betul dan sihat. Syukur sangat-sangat. Perasaan dah kurus ni.. ya Allah bestnya.Saya dah boleh pakai baju yang saya nak. Saya jadi lebih konfiden. Nak beribadah pun lebih mudah. Sekarang saya jadi lebih positif jika nak dibandingkan waktu saya berbadan gempal dulu.Jadi hari ni nak kongsi sikit pengalaman saya dan dedahkan ‘rahsia’ macam mana nak kurus.
Jangan tipu la kalau orang tu kata dia tak kesah kalau gemok. Sebab saya pernah rasa dulu. Padahal tipu diri sendiri je. Just nak sedapkan hati. Saya sering diejek. Dipanggil debab, gajah, muka cantik tapi besar. Itu lah antara ejekan yang saya terima dulu. Pernah dulu masa zaman sekolah berat mencecah 75kg. Budak lelaki yang nakal2 panggil saya gemuk pendek. Masa tu perasaan sy sedih sangat. Hati kecil ni selalu terdetik “gemok sangat ke aku ni. Ahh biar la”.
Tapi orang macam saya pandai sorok. Buat tak tahu je. Nampak happy. Tapi sebenar hati terluka. Yela semua orang ada maruah kan. Jangan la buat saya macam tu.Hati saya masa tu Allah sahaja yang tahu. Sebab saya tak pernah kacau hidup dia. Tak pernah mintak duit dia. Orang sekeliling masa tu berkata sinis.. “Muda2 lagi dah tak pandai melawa”. Semua kata-kata tu tersimpan dalam hati. Saya pendam. Menitis air mata saya. Saya nak berubah Sejak daripada banyak ejekan yang dilontarkan kepada saya, saya tekad. Saya nak berubah.
Balik je rumah saya mandi, bersihkan badan.. tenangkan fikiran. Pastu saya bukak laptop. Saya google..
“Cara kuruskan badan”
“Tips kuruskan badan”
“Kurus dengan sihat”
Bermula daripada hari tu saya mula jatuh cinta dengan dunia fitness dan kesihatan. Saya banyak membaca tips dan teknik kurus. Saya baca artikel, tengok video.. Semua berkaitan macam mana nak kurus. Tapi malangnya saya hanya sekadar membaca.
Apa yang saya dulunya saya tak tahu. Semua saya tahu. Atkins, low fat, HICT, Tabata, kurangkan gula, minum air kosong, tak lebih segenggam nasi bla bla bla. Semua dalam kepala saya. Hari ni saya cuba diet. Esok lusa saya still lagi diet. Perghhh.. Bayangkan sebelum ni semua benda saya makan. Milo ais, makanan manis, peha ayam. Pastu tiba2 nak diet. Memang azab la. Last2 lupa pulak saya tengah diet. Saya makan je apa yang saya nak. Balas dendam. Cheat day la kononnye. Lepas tu bila timbang berat naik 2kg mula lah saya menyesal.
Tengah syok main facebook saya terjumpa satu page iaitu Figura International. Dekat laman tu dia ada tunjuk cara-cara exercise, makanan yang patut dikurangkan dan juga menjuat produk untuk kurus. Disebabkan produk ini mempunyai kelulusan daripada KKM dan disyorkan oleh professor di Malaysia, saya tergerak hati untuk mecuba.
Saya mengamalkan Figura sambil menjalankan gaya hidup sihat. Saya exercise mengikut tutorial dalam laman Facebook figura dan memakan Figura dengan waktu yang ditetapkan.
Setelah hampir sebulan setengah sya menggunakan figura, Saya ditegur oleh aunty saya di kampung . “Ehh qila, makin kurus ye kau sekarang. Makin berseri pula wajah kau” Pujian tu buatkan saya lagi bersemangat untuk lebih kurus walaupun pada ketika itu berat saya baru turun 7KG.
Saya teruskan dengan rutin saya untuk tempoh lebih kurang 3 bulan. Akhirnya saya mendapat badan yang saya idamkan. Betapa bahagia hati ni bila dulu pakaian saya yang XXXL kini boleh pakai baju size S. Alhamdulillah. Dulu diejek, sekarang dipuji oleh rakan rakan. Sekarang saya dah boleh pakai baju cantik2. Fesyen macam mana pun xpa. Janji sesuai dengan saya. Yela kita ni perempuan mesti nak berlawa kann.
Semoga cerita saya ini akan memberi inspirasi pada anda untuk MULA diet secara sihat, tanpa perlu berlapar. Diet je mcm biasa dan tak perlu stress2. nsyaALLAH dengan sistem, tips & teknik efektif.. akan kurus lebih cepat, mudah dan paling penting berkekalan.
Saya boleh, anda lagi la boleh !!