Pernah tak kulit anda alami masalah? Mesti rasa nak menangis, stress, malas nak tengok cermin. Nak keluar rumah or selfie pun takda mood kan. Hmm, apa nak buat? Takkan nak biar kulit tu macam tu.
Jangan putus asa dulu, Ada jugak yang mengalamai kulit bermasalah selepas pakai sesuatu produk.
Tapi dia biar je sebab katanya healing crisis kan?
Tak, itu bukan proses pemulihan kalau kulit anda tu makin banyak jerawat jerawat, kasar or pedih-pedih.
adi dalam tempoh anda ‘berpantang’ tu, lebih baik kalau anda buat macam ni :-
#1 Jangan Pakai Skincare Yang Buat Kulit Anda Breakout
Memang ada proses ‘pembersihan’, proses ini akan menyebabkan jerawat tapi ia hanya ‘timbul’ tempat yang sama (permukaan kulit yang selalu berjerawat)
Dan ia hanya terjadi bila pakai produk yang ada Vitamin C (Ascorbyl Glucoside, Magnesium Ascorbyl Phosphate, Ascorbyl Acid), Retinoid, BHA (Salicylic Acid), AHA(Lactic Acid, Glycolic Acid, Mandelic Acid).
Cumba semak balik produk yang anda beli tu. Kalau takda bahan yang disebutkan di atas tu, lebih baik anda berhenti guna produk tu! Sebab produk tu memang tak sesuai dengan kulit anda.
#2 Rehatkan Kulit
Lepas breakout mesti anda rasa nak cepat-cepat tukar produk kan.
Opss, jangan gelabah dulu, biar kulit kita ni rehat dulu, jangan pakai apa-apa produk dalam 2-3 minggu.
Cuma pakai boleh boleh pakai pencuci muka je, itu pun kena carik yang low PH. Boleh jugak sapu bahan yang melembabkan seperti gel aloevera ataupun madu.
#3 Elakkan Home Remedies Yang Merosakkan Skin
Ya, sekarang ni memang popular dengan home remedies dari bahan semulajadi macam madu, gula, timun, yogurt, serbuk teh or putih telur.
Home remedies ni macam rawatan ala-ala di spa tu, tapi ni anda boleh buat sendiri di rumah.
Sebelum buat, lebih baik anda buat kajian dulu bahan mana yang tidak sesuai untuk kulit breakout.
Jangan pulak letak kulit kayu manis, ubat gigi, bawang, serbuk bikarbonat dan lemon kat muka.
Semua bahan-bahan tu PH dia tinggi dan boleh buatkan kulit kita ni burn tau, ouch!
#4 Carik Produk Ikut Jenis Kulit
Kalau sebelum ni, anda mungkin jenis yang tak kisah tentang pemilihan produk.
Tapi selepas ni pastikan anda buang tabiat tu.
Sebab anda patut cari produk yang betul-betul sesuai dengan jenis kulit.
Kalau kulit kering, kena pakai produk yang sesuai kering. Elakkan bahan yang boleh galakkan kulit untuk breakout lagi macam menthol, SLS, fragrance, essential oils dan alcohol.
#5 Pergi Jumpa Pakar
Kalau tiada perubahan atau makin teruk, kami cadangkan anda untuk pergi jumpa pakar kulit dan doktor yang bertauliah.
Anda akan diberi khidmat nasihat serta keterangan mengenai masalah sebenar kulit anda. Jangan pergi tempat yang tak ada certificate ya, bahaya!
Sumber : https://siakapkeli.my/