Aku sememangnya sudah obes dari kecil. Sampailah aku jadi kanak2 sekolah, Kemudian jadi remaja dan baru2 sahaja lagi aku hadap pada zaman dewasa aku. Secara genetiknya aku datang daripada ibu bapa dan keturunan kaum yang boleh tahan debab, katik pulak tu.
Walau begitu, langsung tak halang aku untuk aku kelihatan super kacak. pakai baju macam superstar, berlagak konfiden macam artis, tak malu berjumpa orang, tak ada efek pada intelektual aku, lagi langsung tak ada efek pada kebolehan aku untuk menari, menyanyi dan bermain muzik.
Banyak kali juga aku cuba kuruskan badan.Aku rasa diri aku lagi hensem kalau kurus. Tapi kadang2 tu ada rasa benci juga. Jadi perasaan nak cuba kuruskan badan ikut mood sebenarnya. Tak kurang banyak juga cara kuruskan badan aku dah cuba. Diet yang tak ada asas. Makan sikit, tapi masih makan makanan tinggi lemak, gula, karbohidrat, kalori. Berat aku jadi naik turun macam yoyo.
Buat aktiviti kardio sampai lembik lutut. Kalau dah awal2 pun paksa diri buat banyak terus, memanglah tak ada semangat lepas tu. Nak hadap pun kena paksa. Lepas tu lama2 hilang motivasi. Tambah pula aku yang perangai hot2 chicken (baca: hangat2 tahi ayam)
Habis duit masuk gym yang mahal, tapi bodoh tak reti nak guna alat yang ada dan ada penyakit mim alif lam sin (baca: malas). Campur tak ada asas diet. Rugi betul.
Oh, dan dasar melayu. Nak berjaya cepat. Lemak dah ternak berpuluh tahun tapi nak jadi kurus macam model dalam masa sekelip mata. Jadi habiskan duit beli produk2 kurus yang entah apa2. Keluarga aku pun kebetulan mampu. Pernah habis aku syak berpuluh ribu untuk hantar aku masuk pusat kuruskan badan. Ada lah aku sempat merasa dua tiga tempat.
Semua pun hampeh.
Tahun 2011, di tempat aku belajar ada anjurkan Karnival Malaysia setiap tahun. Ada persembahan dan jual makanan2 negara. Aku belajar di benua lain, jadi benda macam ni heaven tau.
Cerita dia aku masuk persembahan. Macam tahun2 sebelum tu pun.
Tapi tahun tu aku tak beli baju raya baru. Baju yang ada stok 2010. Masa tu aku kurus sikit mungkin. Kan dah kata berat aku macam yoyo. Tahun 2011, aku tak muat pun baju2 aku.
Sendat gila.
Pakai baju/seluar cegah boroi pun tak dapat nak tolong. Perut aku tetap kedepan. Nak beli baru, dekat negara omputes tak jual baju raya. Nak suruh mak pos, membazir dan kena tunggu lama baru sampai. Nak pinjam orang lain punya baju, tak ada langsung manusia melayu kat situ yang sama saiz dengan aku ada baju yang aku perlu untuk buat persembahan.
Saspen kan?
Ni lah pengenalan aku pada FIGURA waktu tu. Aku sangat terdesak sampai sanggup cuba apa2. Aku perlu muat dalam baju aku. Aku nampak page facebook dia memang aku cuba la exercise dia sebab nak kurus punya pasal.
Hebat. Dalam masa 2 minggu, aku masih gemuk. Tapi perut kedepan aku dah gostan kebelakang sikit. Ewah! Tapi belum boleh pakai baju raya!. aku ada ternampak dia juga ada keluarkan produk jadi aku pun cuba la kan sebab macam boleh percaya je. Lagipun Cinta hati aku suruh aku cuba kurus juga. Kesian katanya. Nanti sakit.Mula mula aku marah dia. Aku tuduh dan kata dia sebenarnya malu aku gemuk. Iolls Butthurt sangat uolls.Tapi sebab sayang, aku cubalah.
Sekarang…
Selepas berjuta2 kali tolak nasi. Banyak lakukan exercise dan tak pernah skip makan FIGURA, aku sekarang lebih ringan. Belum boleh nak dipacak lambung, tapi dekat lah sikit dengan cita2 tu. Kini lever kacak aku makin meningkat. Adalah dalam 90%. tak boleh lebih lebih sebab belum sampai target aku lagi. Tapi kira okay la kan guna figura sebulan pun boleh sampai level 90%. *muka poyo*