Kawan-kawan rapat aku semestinya mengikuti perkembangan aku. Sejak kecil, muka aku tak ada masalah jerawat atau jeragat, freckels semua tu.Sebab muka aku memang susah nak naik jerawat. Dari dulu lagi, ramai jugak kawan-kawan aku yang puji muka aku flawless tak ada masalah jerawat. Tapi flawless tak semestinya cantik, cuma dulu aku tak perlu nak concern ‘nak pakai pencuci muka apa yang sesuai’,’jenis kulit muka aku apa’,’nak beli toner dan moisturiser’,’nak cari serum’, benda-benda macam tu. Aku memang tak perlu fikir dan aku sangat bersyukur masa tu kulit aku tak banyak ragam so tak perlu nak keluarkan duit yang banyak untuk produk muka ni.
Masa zaman uni dulu sometimes ada la outing dengan kawan kawan pergi mall, lepas tu ada promoter datang promote produk. Dulu aku tak kisah sangat sebenarnya sebab aku tak banyak masalah muka, duit pun tak banyak nak pergi spa kecantikan. Tapi ada sekali tu, aku try dengan kawan aku. Dia pun tak ada masalah kulit. Tapi kitorang saja nak try sebab MURAH. Dia buat diskaun, so sekali facial dalam RM28. Aku pun tak ada pengalaman buat tu so aku pun nak try. Teringin nak orang usap-usap muka.
Beberapa hari lepas facial tu aku mula perasan yang muka aku ada perubahan. Bukan perubahan ke arah yang lebih baik tapi sebaliknya. Jerawat mula berjinak-jinak dekat muka. Mula-mula bahagian dahi, lepas tu bahagian pipi. Start aku masuk Tahun 4 dekat universiti, muka aku dah mula tumbuh jerawat-jerawat. Ada yang kecik, ada yang besar. Macam-macam saiz. . Haisshh. Aku dah try macam-macam masa tu tapi budget limited sebab aku masih lagi student. Tak mampu lah nak try produk harga beratus. Then, aku try pakai satu produk dekat drugstore. Boleh tahan, menjadi jugak la. Tapi awal awal je, lama lama tu makin banyak jerawat datang. Aku cuba amalkan vitamin C dan guna produk kecantikan muka such as pencuci muka, toner, moisturiser, scrub, essence, serum tu semua. Dalam sebulan lepas tu, memang ada perubahan positif pada muka tapi lepas satu pergi datang lagi 10. aku pun tak tahu kenapa haishhh.
Sampai la satu hari aku tidur di kampung dan kakka sedara aku perasan perubahan muka aku. Aku agak malu la sebab dulukan muka aku flawless tapi sekarang dah macam jalan raya sebab berbatu batu muka ni. Kebetulan dia kerja dekat satu produk kecantikkan. Pada mulanya dia tanya la macam mana muka aku boleh berubah macam ni so aku pun cerita dekat dia. Dia kata dia boleh tolong aku, dia suruh aku cuba produk figura since dia kerja dekat company produk kecantikkan FIGURA INTERNATIONAL. Orang nak kasi harga murah dan nak tolong kita, takkan la kita nak tolak kan. So aku pun setuju je la kan.
Lepas guna produk ni, aku tak katakan yang muka aku flawless tapi lebih baik dari sebelum ini. aku dapat rasakan perubahan. Jerawat dah berhenti muncul. Kulit aku makin kurang berminyak. Kadang-kadang aku usap kulit muka aku, rasa makin licin. Hahaha. Happy sangat. Kawan-kawan dan sedara-mara pun perasan perubahan muka aku. Kalau tak, muka aku maintain je ade jerawat walaupun seketul dua.
Sebelum ni, serius aku susah sangat nak percaya produk-produk macam ni sebab aku dah try macam-macam sebelum ni. Penat. Tapi yang Figura ni sangatlah aku rasa perubahan dia. Makin licin kulit aku. Jakun sangat kot. Tapi, aku masih stick dengan skincare aku sebab aku takut nanti dia datang lagi. Dulu aku tak rasa benda-benda ni semua, aku tak perlu fikir nak pakai produk apa, susah payah cari produk. Lepas Allah dah datangkan ujian dekat aku, baru aku faham perasaannya orang-orang yang berusaha untuk kulit muka mereka sebab aku dah pernah merasa berada dekat tempat mereka.