Bahan-bahan :
- 200 ml air
- 2 ketul daging ayam
- 5 helai daun pegaga
- 1/2 sudu kecil serbuk lada hitam
- 1/2 sudu kecil serbuk kunyit
- Garam secukup rasa
Bahan-bahan dihiris :
- 30gm halia
- 3 biji bawang merah
Cara-cara :
- Masuk kesemua bahan kecuali daun pegaga di dalam periuk dan kacau sehingga mendidih.
- Perlahankan api dan biar kuah pekat.
- Masukkan daun pegaga sebelum diangkat.
* Kunyit dibuat minuman sebagai jamu terutamanya bagi ibu selepas bersalin.Tujuannya untuk mengecutkan rahim dan mencuci darah.Ia juga mampu mengembalikan kecergasan badan dan menyembuhkan luka dalaman.
Kredit: https://www.marinabashah.com/2020/05/44-koleksi-resepi-menu-makanan.html Resipi Sahabat