Bahan-bahan:
Sos Perapan
- 2 TS Kicap cair (Yeo’s Soy sauce)
- 2 TS Kicap Manis (Jalen Lemak Manis)
- 1 TS Sos Tiram
- 3 TS Jus Pear/Epal/Kiwi
- 3 ulas bawang putih (slices)
- 1/2 ts Garam/ bahan perasa
- 1 ts Brown Sugar
- 1 TS Corn Syrup/Madu
- 1/2 ts blackpepper
- 1/2 ts white pepper
- 1/2 ts garlic powder (optional)
Dalam Kuali
- 1 TS tepung jagung
Cara-cara:
- Bahan2 sos campur semua kacau sebati.
- Masukkan daging dan sos ke dalam plastik sealer dan perap selama beberapa jam. Saya perap 12 jam. Paling kurang 2 jam. Separuh masa boleh pusingkan perapan biar sekata.
- Susun dalam air fryer,set suhu 190,15 minit. Balikkan daging, pergi ke suhu 190 selama 10 minit. Boleh buka sekejap untuk tengok daging bahagian dalam,sebab saiz daging tak sama semua.
Sos lebihan perapan masukkan dlm kuali dan masak sampai mendidih,campurkan bancuhan tepung jagung sesudu kacau sampai pekat