TIPS KULIT CANTIK 1: TENTUKAN JENIS KULIT ANDA
Pertama sekali, anda perlu tahu jenis kulit anda. Bila dah tahu anda ni kulit jenis yang macam mana, baru senang nak tentukan cara penjagaan yang betul. Sebab kita semua ni kulit tak sama. Ada yang berminyak, ada yang kering, ada yang kombinasi.
“ macam mana nak tahu saya kulit jenis apa?”
Caranya: Cuci muka anda dengan pencuci muka, bilas dan biarkan kering. Jangan sentuh kulit wajah anda dalam masa sejam. Selepas itu, ambil tisu dan letakkan di kawasan T-zone. Dab dengan tisu tadi untuk periksa jenis kulit anda.
Kulit Normal: menunjukkan tiada kesan minyak atau kulit kering menggelupas. Ini adalah idaman setiap wanita!
Kulit Berminyak: terdapat kesan minyak pada tisu. Biasanya orang yang mempunyai kulit berminyak mempunyai liang pori yang besar dan muka sentiasa berkilat.
Kulit Kering: Terdapat kesan kulit menggeupas atau kering. Kulit jenis ini memerlukan pelembap yang sesuai.
Kulit Kombinasi: Gabungan ketiga-tiga diatas. Selalunya berminyak dikawasan T-Zone dan kering dibahagian lain.
Dah tahu kulit jenis apa? Jom lihat Tips ke dua pula.
TIPS KULIT CANTIK 2: PEMBERSIH, PENYEGAR, PELEMBAP, SKRUB
Ini regime penjagaan yang sangat asas. Set kulit selalunya memang ada 4 perkara ni. Jadi, penting untuk anda cari set yang bersesuaian dengan kulit anda. Laburkan sedikit wang anda untuk mencari set yang bertepatan. Cuba jenama yang berbeza dipasaran. Yang mahal, tak semestinya elok, yang murah tak semestinya tak elok. Buang rasa skeptikal anda terlebih dahulu. Cuma satu tips penting, cari yang bebas bahan kimia bahaya. Jangan risikokan kesihatan anda demi kulit yang cantik. Terdapat pelbagai jenis set penjagaan kulit yang selamat di luar sana. Ambil masa anda, teliti dan pastikan ianya selamat untuk digunakan. Elakkan memilih produk yang mengandungi bahan kimia kerana selain dari merosakkan kulit, ia akan membuatkan liang pori tersumbat dan menyebabkan masalah kulit yang lebih kronik.
Sekiranya anda mempunyai kulit yang sensitif atau masalah kulit sebelum ini, pastikan anda rujuk kepada doktor pakar kulit terlebih dahulu dan berbincang dengan doktor anda sebelum mencuba sesuatu produk.
TIPS KULIT CANTIK 3: KRIM PELINDUNG UV (SUNSCREEN CREAM)
Memandangkan kita ni tinggal dalam iklim khatulistiwa yang sentiasa panas, jadi penting untuk kita ambil kira tentang sinaran matahari dan sinar UV. Ini merupakan salah satu faktor terbesar yang menyumbang kepada sunburn, jerawat dan jeragat. Pastikan anda menggunakan krim pelindung Uv sekurang-kurangnya yang mengandungi SPF15 bagi menghindar pancaran UV-A dan UV-B yang boleh menyebabkan kerosakan kulit serta mendorong kepada kanser. Malaysia merupakan negara yang sangat panas jadi, tak salah untuk anda menggunakan krim dengan SPF30 atau lebih.
TIPS KULIT CANTIK 4: CUCI MUKA 2 KALI SEHARI
Ini paling asas. Kalau nak kulit lawa tapi cuci muka pun sekali seminggu, macam mana tu? Tapi, jangan pula cuci terlalu kerap. Apabila kulit kita dibersihkan, segala kekotoran, minyak asli dan lembapan asli di wajah juga turut disingkirkan. Bayangkan saja kalau anda kulit jenis kering. Makin kering dan menggelupas kulit anda nanti. Begitu juga dengan kulit berminyak. Jika anda fikir cuci muka dengan kerap dapat mengurangkan minyak, anda silap. Semakin kerap minyak diwajah anda disingkirkan, kulit anda akan mendapat signal lebih sebum perlu dihasilkan untuk melembapkan kulit. Jadi semakin berminyak pula nanti! Jerawat pun makin banyak tumbuh.
Jadi, amalkan mencuci wajah 2 kali sehari dan kemudian gunakan pelembap bagi memastikan kulit anda kekal hidrat dan lembap. Ketika mencuci juga, elakkan menggosok secara kasar, menggunakan span atau loofah. Ia boleh menyebabkan kerengsaan dan merosakkan kulit. Kulit kita ni sangat sensitif dan nipis jadi cukup sekadar menggunakan jari sahaja.
TIPS KULIT CANTIK 5: CUCI SOLEKAN ANDA.
Kalau anda rajin bersolek pastikan anda juga rajin untuk mencuci solekan anda ya. Sekiranya anda tidur sebelum sempat membersihkan solekan anda, liang pori diwajah akan tersumbat, sukar bernafas dan ini menyebabkan kulit anda sangat muudah dinaiki jerawat. Kulit muka pun cepat rosak nanti apatah lagi kalau menggunakan alat solek yang mengandungi bahan kimia.
Sekiranya anda mempunyai pori yang lebih besar, sila pastikan anda cuci dengan bersih. Guna make-up remover bagi memudahkan anda membersihkan kesan solekan.
TIPS KULIT CANTIK 6: MAKAN MAKANAN SEIMBANG
Ini sangat penting. Makanan adalah keperluan asas tubuh. Elok makanan yang diambil, elok jugalah segala sistem badan dan sel yang dihasilkan. Kalau makan pun asyik yang bergoreng, berminyak, hasilnya kulit pun begitu jugalah. Jadi untuk kulit yang sihat, amalkan pemakanan seimbang. Banyakkan pengambilan sayur dan buah serta air masak dalam diet anda. Pilih makanan yang bersesuai bagi memenuhi kehendak kulit anda. Contohnya, soya untuk penghasilan kulit yang lebih sihat, anjal dan tidak kusam. Jadi dah tahu, lebihkan pengambilan soya.
TIPS KULIT CANTIK 7: AIR
60% dari tubuh kita terdiri daripada air. Lebih separuh tu. Maksudnya, banyak fungsi tubuh kita bergantung kepada kandungan air dalam badan kita. Jika kita minum air pada kadar yang mencukupi, barulah tubuh kita boleh melakukan proses detoksifiksi, penghidratan dan menjamin fungsi tubuh yang lebih lancar. Berapa banyak kena minum? senang aja kira-kiranya. 1L air = 25kg berat badan anda. Jika anda 50kg, jadi anda perlukan 2Liter sehari. Kalau berat anda 70kg, anda perlukan 2.8liter air. Tapi air masak ya. Bukan air manis. Elakkan pengambilan minuman yang manis kerana ianya tidak memberikan sebarang manfaat kepada anda. Jika anda ingin minum teh, atau teh hijau, tak perlu letakkan gula. Barulah elok!
IPS KULIT CANTIK 8: SENAMAN
Alamak, senaman? Jangan risau. Bukan suruh bersenam macam tentera pun. Amalkan senaman yang anda suka. Berlari, berjalan apa sahaja yang boleh membantu anda tenang dan meningkatkan metabolisme tubuh anda. Jika anda sihat, kulit juga sihat. Senaman juga dapat mengelakkan stress tau. Jangan pandang remeh dengan stress. Stress boleh menyebabkan kulit anda lekas berkedut!
TIPS KULIT CANTIK 9: TIDUR
Tahukan anda, tidur yang cukup boleh membantu anda mendapatkan kulit yang cantik? Inilah yang orang kata beauty sleep tu. Tidur yang tidak mencukupi kan menyebabkan kulit anda kelihatan kusam, letih dan menyebabkan timbulnya lingkaran gelap dibawah mata. Jadi, pastikan anda mendapat tidur yang secukupnya ya!