Nak kulit muka yang sihat dan cantik? Kali terakhir kak Nita keluar shopping untuk skincare kak Nita nampak ada banyak jenama dan jenis skincare yang baru.
Macam-macam jenis yang kak Nita tak pernah dengar pun. Dan soalan yang kak Nita selalu bertanya adalah bila nak pakai produk ni? Pakai ni dulu ke atau ni dulu? Nak pakai masa rutin siang atau malam? Maka terhasil la nota urutan penggunaan skincare seperti di bawah.
Apa urutan penggunaan skincare yang betul dan menyeluruh?
Urutan penggunaan skincare selalunya akan dibahagikan kepada rutin siang dan rutin malam. Ini adalah disebabkan kulit wajah kita mempunyai keperluan yang lain di waktu siang dan malam.
Urutan penggunaan skincare siang:
- Pencuci muka berasaskan air (water-based cleanser)
- Exfoliator (Sekurangnya sekali seminggu, bukan hari-hari.)
- Toner
- Treatment (Bergantung kepada keperluan kulit muka.)
- Serum (Persiapan melawan penuaan sesuai untuk umur 20 tahun ke atas.)
- Krim bawah mata (Sesuai untuk mereka yang mempunyai mata panda, kantung gelap di bawah mata.)
- Moisturizer (Krim siang)
- Sunscreen
Urutan penggunaan skincare malam:
- Pencuci muka berasaskan minyak (oil-based cleanser)
- Pencuci muka berasaskan air (water-based cleanser)
- Toner
- Treatment
- Serum
- Face mask
- Krim bawah mata
- Moisturizer (Krim malam)
Inilah dia turutan pemakaian skincare secara menyeluruh. Kalau anda perasan, ia mempunyai persamaan dengan 10 langkah popular K-Beauty, cuma dibahagikan kepada rutin siang dan malam bagi memudahkan pembacaan.
Produk apa yang patut anda guna perlulah dipilih mengikut kesesuaian jenis kulit masing-masing. Tak lupa juga keperluan merawat yang diperlukan oleh kulit muka anda seperti masalah jeragat, jerawat, kusam dan sebagainya.
Langkah-langkah di atas ini melibatkan proses double cleansing pada sebelah petang/malam, jika anda tak menggunakan makeup pada siang hari ataupun menggunakan light makeup, boleh skip pada bahagian penggunaan pencuci muka berasaskan minyak.
Kalau masih tak pasti perlu double cleansing ataupun tidak, anda boleh rujuk artikel terperinci yang kak Nita tuliskan mengenai double cleansing.
Apa asas urutan penggunaan skincare bagi mereka yang baru nak bermula?
Kalau anda baru nak bermula, jangan pula patah semangat pulak tengok list panjang di atas. Jelitawan sekalian boleh bermula dengan rutin skincare asas terlebih dahulu.
Asas rutin skincare siang:
- Pencuci muka
- Moisturizer
- Sunscreen
Asas rutin skincare malam:
- Pencuci muka
- Moisturizer
Bila anda sudah kukuhkan asas ini, barulah tambah langkah-langkah lain mengikut keperluan muka anda.
Lebih baik bermula sedikit demi sedikit membina tabiat menjaga kulit muka daripada all-out dan mengalah setengah jalan sebab penat.
Menjaga kulit muka ni memerlukan disiplin untuk anda mencapai hasil yang diingini. Dia ibarat macam gosok gigi, tak boleh gosok gigi sekali dua sahaja sebulan dan mengharapkan gigi anda putih berseri, samalah juga dalam penggunaan skincare.
Jangan bersemangat pakai seminggu sahaja kemudian patah hati sebab tengok muka tak juga flawless lagi.
Rutin untuk kulit muka kering beserta contoh produk:
Contoh rutin siang bagi kulit muka kering:
- Pencuci muka berasaskan air: Hada Labo Super Hyaluronic Acid Foaming Face Wash
- Exfoliator: Sebamed Clear Face Gentle Scrub
- Toner: Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion
- Treatment: Dr. Andrew Weil for Origins™ Mega-Mushroom Relief & Resilience Soothing Treatment Lotion
- Serum: Avene Hydrance Hydrating Serum
- Krim bawah mata: First Aid Beauty Eye Duty Triple Remedy AM Gel Cream
- Moisturizer: 3CE Back to Baby Daily Moisture
- Sunscreen: Biore UV Perfect Block Milk
Contoh rutin malam bagi kulit muka kering:
- Pencuci muka berasaskan minyak: Neutrogena Deep Clean Cleansing Oil
- Pencuci muka berasaskan air: Hada Labo Super Hyaluronic Acid Foaming Face Wash
- Toner: Hada Labo Super Hyaluronic Acid Hydrating Lotion
- Treatment: Dr. Andrew Weil for Origins™ Mega-Mushroom Relief & Resilience Soothing Treatment Lotion
- Serum: Avene Hydrance Hydrating Serum
- Face mask: L’oreal Paris Revitalift Laser Night Cream-Mask
- Krim bawah mata:Simple Regeneration Age Resisting Eye Cream
- Moisturizer (Krim malam): Clinique Dramatically Different Moisturizing Gel
Patut ke saya beli skincare yang mahal dan premium tu atau pakai produk daripada drugstore sahaja?
Sebenarnya, kita kena melihat kepada kesesuaian sesuatu produk tu dengan kulit muka kita sendiri. Produk drugstore walaupun murah tak semestinya tak berkualiti, ada ja yang bagus. Samalah juga dengan produk mahal, ada juga yang tak sesuai dengan kita.
Tapi, kak Nita nasihatkan banyakkan membaca ulasan produk atau review daripada mereka yang mempunyai jenis kulit yang sama dengan anda. Dan sebolehnya bermulalah dengan produk drugstore terlebih dahulu sebab kebanyakannya lebih mesra dengan poket anda.
Credit : GetJelita