Bahan-Bahan Untuk Ayam Panggang Black Pepper OCOC
1 Ayam bahagian maryland (bakar dalam kuali sahaja – boleh balut dengan daun pisang kalau mahu)
2 Jagung (steam)
3 Bawang besar (bakar separuh masak)
4 Karot (bakar separuh masak)
5 Bijan untuk tabur tabur. Bagi nampak mahal sikit bila tabur last sekali
Bahan-Bahan Untuk Sos Lada Hitam
1 Lada hitam 4 sudu (Bagi hancur ye. Guna lesung batu jer. Biar kasar kasar)
2 Minyak kelapa 2 sudu
3 Gula kelapa (saya pakai gula kelapa organic ococ). Guna 5-6 sudu. Nak manis boleh tambah. Ikut suka.
4 Bawang putih (dihiris nipis dan kecil)
5 Bawang merah (sama kena hiris juga)
6 Butter (nak sapu atas kuali jer)
Cara Penyediaan Sos Lada Hitam
1 Panaskan kuali
2 Masukkan minyak kelapa 2-3 sudu. Bab bergantung kepada berapa orang nak hadap benda ni nanti.
3 Biar minyak panas. Masukkan bawang putih dan temannya. Kacau seminit dua dalam api sederhana.
4 Masukkan lada hitam. Kacau bagi sebati.
5 Kacau 2-3 minit
6 Masukkan *gula kelapa 5-6 sudu. Boleh tambah kalau nak.
7 Kacau sampai gula larut.
8 Matikan api.
*Kalau nak guna madu pun boleh ganti gula kelapa. Boleh juga campurkan dua sudu sos black pepper komersil
Cara Penyediaan Ayam Panggang
1 Bersihkan ayam
2 Toreh toreh sikit isi ayam biar sos black pepper boleh masuk
3 Lumurkan sos black pepper. Nipis nipis jer
4 Sapu kuali dengan sedikit butter
5 Masukkan ayam. Tutup dengan tudung.
6 Sebelum terbalikkan ayam sapu lagi sos black pepper. Nipis nipis jer
7 Bila dah masak angkat dan sapu lagi sos. Kali ni banyakkan sikit. Biar nampak tebal.
Kredit: https://neuroversiti.com/resepi-makanan-sihat/ Dr Rizal Abu Bakar