Mana-mana diet anda cuba bantu anda kawal atau kurangkan berat badan melalui kawalan pengambilan kalori dan water retention atau istilah lain – gemuk air, dan baiki metabolisma badan melalui hormon.
Kalori:
Dengan hadkan waktu makan, secara tak langsung ia kawal jumlah pengambilan seharian. Tidak jauh berbeza dengan buasa ramadhan, hasil kurang pengambilan kalori, ramai akan kurang berat dalam 2-3kg (tanpa bersenam di bulan puasa).
Air?
Ok yang ini a bit more complicated. Majoriti badan adalah air. Tapi ia boleh fluctuate dan bergantung kepada beberapa faktor termasuk gula dan hormon insulin. Amalan puasa IF hadhkan pengambilan gula. Jadi ini stabilkan paras glukos darah dan “jatuhkan” hormon insulin dari paras biasa (bukan berpuasa). Apabila hormon insulin “jatuh”, ia paksa badan untuk buang air berlebihan kerana kekurangkan gula dalam diet. Ini tidak jauh berbeza dengan diet Atkins atau diet Keto yang “mempermainkan” gula dan water retention badan.
Fixes your metabolism!?
Tanpa merumitkan cerita, hormon yang sentiasa sangkut-paut dengan simpanan lemak badan dan penggunaan tenaga (metabolism) adalah insulin. Bagi mereka yang obes atau telah amalkan pemakanan tinggi gula untuk jangka masa berpanjangan, ia boleh akibatkan rintangan insulin badan atau insulin resistance (badan tak dapat nak gunakan gula untuk tenaga dan tingkatkan simpanan lemak dalam sel). Amalan puasa dan diet rendah karbohidrat dapat memainakan peranan untuk shock hormon-hormon badan untuk bantu buang tabiat yang lama. Tapi ia berbeza bagi individu ke individu. My advice – trial and error.
So, sesuai Untuk anda?
Ini bergantung. Perubahan diet memang mencabar dan tidak mudah TAPI dalam jangka masa berpanjangan, ia perlu menggembirakan DAN bantu anda kawal berat badan. Sama lah dengan diet IF.
Setiap diet, termasuk diet Intermittent Fasting, ada kisah kejayaan dan kegagalan. Ini bukan bermakna suatu diet bagus ataupun tidak. Ia soal PILIHAN dan KESESUAIAN. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ia tren social media. Jangan ikut suatu diet hanya kerana ada kenalan berjaya dengan diet tersebut.
Nasihat saya.
Fahami lah asas penurunan berat badan. Fahami lah hubungan kalori dengan berat badan. Fahami hubungan diet dan gaya hidup dengan takungan air atau “gemuk air”. Fahami lah metabolisma badan dan cara untuk melindungi atau baikinya untuk elak rintangan insulin.
Selepas itu, kaji suatu diet dan hubung-kaitnya dengan pemahaman anda. Dari situ anda boleh menilai dan sesuaikan diet dengan keperluan diri-sendiri.
sumber :Kevin Zahri