Pernah tak korang pakai skincare, tak kisah lah toner ke moisturizer ke sunscreen ke, lepastu rasa pedih pedih? Normal ke rasa panas atau pedih bila pakai skincare ni?
Ada banyak punca kenapa kulit rasa panas atau pedih bila pakai sesuatu produk.
1. Contains active ingredients.
Biasanya terjadi bila product yang ada active ingredients seperti:1. Ascorbic Acid2. Alpha Hydroxy Acid (Glycolic Acid, Lactic Acid, Mandelic Acid)3. Beta Hydroxy Acid (Salicylic Acid)4. Retinol
Bila product ada high % of active ingredients, it may cause your skin rasa panas atau pedih. Solution dia, kurangkan % atau kurangkan penggunaan. Contohnya, I rasa pedih bila pakai The Ordinary Glycolic Acid 7%. Jadi, I tukar kepada The Ordinary Lactic Acid 5%, baru rasa okay.
Untuk kurangkan penggunaan, instead of guna setiap hari, maybe boleh guna seminggu sekali sahaja. Make sure your basic skincare routine dah kukuh kalau nak try pakai products yang ada active ingredients seperti diatas. Kalau basic belum kukuh, please stop using it.
2. Contains irritating ingredients.
Contoh common irritating ingredients yang mungkin boleh menyebabkan kulit korang rasa pedih and panas:1. Alcohol2. Fragrance3. Essential oils4. Menthol
Kalau kulit korang memang sensitive with these ingredients, better stop guna terus.
3. Contains ingredients that are not suitable for your skin
Sama macam irritating ingredients, better stop guna. Maybe certain ingredients dalam product tu memang tak sesuai with your skin.
4. Skin barrier terganggu
Kadang kadang, bukan salah product 100%. Ada kemungkinan kulit korang yang memang tengah sensitive dan skin barrier terganggu. Bila pakai apa apa produk pun, kulit rasa pedih and tak boleh nak terima.
Kalau kes macam ni, cuba betulkan balik skin barrier. Kadang kadang, selama ni kita pakai produk tu okay je. Tiba tiba hari ni pakai, rasa pedih. Padahal sebelum ni okay. Ada kemungkinan kulit kita tiba tiba jadi sensitive sebab faktor lain, bukan sebab produk. Stop dulu, betulkan skin barrier and try pakai semula. Kalau tak okay jugak, stop terus.
To conclude, it’s not normal kalau kulit rasa panas atau pedih bila pakai skincare. Check balik ingredients dia and stop dulu buat sementara waktu.
Thanks for reading and hope it helps!
Credit : Iman Abdul Rahim’ blog