Bahan-bahan:
- Bahan Caramel
- 4 sudu gula
- 4 sudu air
- Bahan Puding
- 6 biji telur saiz A
- 4 sudu gula
- 1 tin susu cair
- 1/2 tin air (tin susu cair tadi)
- 1 botol yakult
Cara-cara:
- Mula mula buat caramel. Masa ni panaskan pengukus. Masukkan gula dan air kedalam loyang. Letal atas api sederhana dan biar mencair.
- Bila gula dah mula perang, terus tutup api. Jangan biar gula perang sepenuhnya sebab takut gula hangit. Kacau dan ratakan caramel seluruh loyang. Sejukkan.
- Untuk puding, masukkan telur, gula, susu cair, air,
- Dan yakult kedalm mangkuk. Kacau perlahan sampai telur sebati sahaja. Jangan sampai berbuih.
- Tapiskan kedalam loyang caramel tadi. Kukus selama 25-30 minit atau sampai masak. Guna api sederhana kecil.
- Bila dah masak, goyangkan sedikit loyang, puding akan gedik. Keluarkan dari pengukus dan sejukkan. Bila dah sejuk, terbalikkan dan boleh dihidang.
Kredit: #dapurfaafeefoo