Bahan-bahan:
- 2 keping ayam bahagian paha penuh (whole leg)
- 1/2 mangkuk susu segar (k.ha guna santan pekat)
- 1/2 biji lemon diperah ambil airnya (3 camca besar)
- 1/2 camca besar garlic salt Hexa
- 1 camca besar serbuk cajun Hexa
- 1 camca besar serbuk lemon pepper Hexa
- 1 camca besar serbuk bbq seasoning Hexa
Cara-cara:
- Sediakan bahan-bahannya.
- Buang kulit ayam dan bahagian berlemak yang ada,rendam dan basuh dengan air bercampur tepung gandum untuk menghilangkan bau hanyirnya.Cuci bersih dengan air biasa,tos dan ketepikan.
- Sediakan bahan buttermilk.Masukkan air lemon ke dalam santan pekat,kacau hingga bercampur-rata.Biarkan selama beberapa minit sehingga ia menjadi pekat dan berketul-ketul.
- Masukkan serbuk garlic salt,serbuk cajun,bbq seasoning dan lemon pepper ke dalam bancuhan buttermilk tadi.Kacau hingga bercampur rata.
- Lumurkan ke seluruh bahagian ayam,perap dalam 1 hingga 2 jam (simpan dalam peti sejuk).
- Panaskan kuali tidak melekat.Panggang ayam dengan api kecil dan kuali tertutup sehingga masak.Semasa memanggang,balikkan setelah bahagian bawahnya masak @ kekuningan.Bakar ayam sehingga hampir kering (sedikit lembab).Tutup api.
- Hidangkan.Sedap diratah begitu sahaja,sebaiknya dihidangkan bersama salad sayuran dan ubi kentang rebus tetapi tiada dalam stok.Boleh juga dihidangkan bersama nasi.
Kredit: ha.lim39