Bahan-bahan :
- 2 keping isi ayam (bahagian apa-apa sahaja)
- 2 sb madu / gula
- 1 sb mustard sos
- 1 sb serbuk mustard
- 1 sb biji mustard (tumbuk kasar) boleh beli yang dalam botol
- 1 sk lada hitam (ditumbuk kasar)
- 1 sudu kecil jus lemon/limau nipis
- Sedikit garam
*mustard=biji sawi - Kalau anda cuma nak guna salah satu daripada mustard di atas pun boleh. Pilih mustard kuning. Kalau campurkan ketiga-tiga jenis lagi sedap.
Cara-cara:
- Basuh ayam kalau yang diet buang kulit lebih baik.
- Masukkan semua jenis mustard, madu, garam, lada hitam dan jus lemon di dalam mangkuk dan gaul rata.
- Masukkan ayam gaul dan perap sekurangnya 15 minit.
- Bakar ayam dalam oven dengan api sederhana.
- Boleh juga nak guna frying pan or non stick pan untuk masak ayam.
- Kalau simpan dalam peti boleh tahan lama boleh jadikan sebagai stock.
Kredit: https://bidadari.my/koleksi-resepi-diet/ Rahayu Z