Bahan-bahan:
Bahan Sambal Pudina :
- 1 genggam daun pudina
- 6 biji cili padi hijau
- 1 sudu teh gula
- 1 sudu teh garam
- Sedikit air (untuk mengisar)
Bahan Salad :
- 2 biji telur rebus : dipotong bulat (telur ni hakak simpan semalaman selepas direbus)
- 2 biji cili padi merah (dihiris)
- 1 genggam daun pudina
- 1/2 biji bawang besar (dipotong dadu)
- 1 biji pear wangi
Cara-cara:
- Bahan sambal pudina dimasukkan ke dalam mesin pengisar dan dikisar halus.
- Pear wangi ni dihiris dipotong dadu dan nipis. Kemudian dimasukkan ke dalam mangkuk bersama-sama bahan lain (daun pudina, telur rebus, cili padi dan bawang besar)
- Masukkan bahan sambal pudina yang dikisar tadi. Gaul sebati.
- Sedia untuk dihidangkan. Selamat mencuba
Kredit: https://cookpad.com/my/recipes/13544091-salad-telur-rebus?via=search&search_term=salad%20telur Salina Jalaludin