Bahan-bahan:
- 1 cawan biji badam mentah (125gm)
- 4 cawan air tapis/mineral
- secubit garam – optional (untuk rasa lemak-lemak)
- Bahan sampingan :
- Madu
Cara-cara:
- Badam dibasuh bersih, rendam semalaman di dalam peti ais.
- Sebelum dikisar, basuh sekali lagi biji badam letak di dalam tapis.
- Dalam blender masukkan biji badam dan air, kisar hingga halus kemudian tapis guna kain kerana serbuk badam sangat halus. Jika suka tak tapis pun boleh.
- Didihkan di atas api sebentar masukkan secubit garam. Sebelum minum tuang secawan susu badam letak madu ikut manis yang kita suka, sedia dinikmati. Boleh tahan 4 hari susu badam untuk diminum.
Kredit: Julia ALeen Aireish