Bahan-bahan:
Bahan Pes
- 125 g kacang tanah
- 40 g cili kering
- 40 g udang geragau
- 1/2 mangkuk kecil pati asam jawa
- 6 sudu besar erythritol
- 1 sdt garam (sesuaikan)
- 1 sdt serbuk perasa yang diluluskan
Bahan Mee Goreng
- 150 g Mee Shirataki kering
- 400 g isi ayam dipotong kecil
- 4 ulas bawang putih
- 6 biji lada thai/padi
- 2 biji telur ayam
- 6 ekor Udang besar (opsyen)
- 1 kiub hirisan tauhu goreng (opsyen)
- 1 cwn kubis halus (opsyen)
- 2 no biji tomato potong 8
- 1 gengam taugeh
- 1 batang panjang daun bawang (opsyen)
- 1 biji limau nipis potong 2
Cara-cara:
- Bersihkan dan toskan semua bahan pes. Goreng kacang tanah dalam minyak secukupnya. Angkat. Selepas itu gunakan minyak yang sama untuk mengoreng cili kering dan udang geragau bergilir-gilir. Sejukkan.
- Blander semua bahan di atas. Tambahkan air jika perlu.
- Jika ada minyka tersisa, gunakan untuk mengoreng bahan blander tadi. Bila telah mendidih, masukkan asam jawa, erythritol dan garam secukupnya. Stabilkan dengan perasa. Kacau lagi sehingga naik minyak. Pes siap untuk digunakan. Pes yang berlebihan boleh disimpan dalam peti sejuk untuk kegunaan akan datang.
- Rebus shirataki sehingga lembut, toskan dan ketepikan. Panaskan minyak. Masukkan bawang putih cincang dan kemudian masukkan lada potong. Bila dah naik bau, masukkan ayam yang dipotong kecil-kecil, biarkan hingga ayam telah masak. Masukkan shirataki dan kacau. Masukkan pes secukupnya. Kacau.
- Kosongkan bahagian tengah kuali, pecahkan telur di tengah, biarkan sekejap kemudan kacau sedikit dan campurkan dengan keseluruhan bahan mee tadi. Masukkan taugeh, kubis yang dihiris halus dan tomato, kacau sekejap saja. Biarkan sayuran masih rangup. Tambah pes jika perlu. Angkat.Hiaskan dengan daun bawang, bawang goreng, potongan tauhu dan hirisan limau.
Kredit: Patmawati Paddong